Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Tip Penggunaan Suhu Ketuhar Bagi Anda Yang Baru Mula Belajar ‘Baking’

by Aphit J.
June 28, 2020
44
KONGSIAN
Share on Facebook

Ketuhar sudah menjadi barang wajib yang perlu ada di setiap rumah. Tetapi ramai di antara kita masih gagal untuk mengetahui cara menggunakan suhu ketuhar yang betul. Berikut adalah fungsi dan tip penggunaan suhu ketuhar yang perlu anda tahu.

Fungsi Suhu Atas Dan Bawah

via King Arthur

Penggunaan suhu atas dan bawah sangat sesuai untuk membakar semua jenis kek, biskut, pastry dan roti.

Untuk anda yang ingin membakar kek yang agak besar, disarankan untuk meletakkan kek berada di rak yang paling bawah untuk mengelakkan bahagian atas kek terbakar. Tetapi jika membakar roti dan pastry, lebih sesuai jika kita meletakkannya di rak tengah sahaja.

Fungsi Suhu Atas

via Epicurious

Ramai yang keliru apabila melihat fungsi ini. Kebanyakkan daripada kita menyangkakan bahawa suhu atas sesuai untuk membakar kek seperti kek lapis.

Sebenarnya suhu atas ini lebih sesuai digunakan apabila hendak membakar kek keju. Jika anda menggunakan suhu ini untuk membakar kek lapis, kek lapis akan menjadi terlalu kering dan adakalanya garing.

Fungsi Suhu Bawah

via Taste of Home

Fungsi suhu bawah ini cukup sesuai untuk anda yang mahu menggaringkan roti yang berinti seperti pizza. Adakalanya, inti piza sudah masak tetapi bahagian bawah roti masih kurang garing atau lembab. Di sinilah kita menggunakan fungsi suhu bawah untuk memasakkan roti tanpa mengeringkan di bahagian atas roti mahupun piza.

Fungsi Panggang

via The Spoon

Antara fungsi utama grill atau memanggang adalah ketika membakar kek lapis. Dengan menggunakan fungsi ini, setiap lapisan kek lapis pasti menjadi dengan cantik dan tidak menjadi kering. Selain itu, api grill ini juga cukup sesuai jika kita ingin mengaringkan hanya bahagian atas ayam atau daging dalam tempoh yang singkat.

Fungsi Suntikan Wap

via Engadget

Tidak kesemua ketuhar ada fungsi ini. Fungsi ini cukup sesuai jika anda ingin membakar sesetengah jenis roti seperti roti perancis . Ianya akan menggaringkan dan meranggupkan pemukaan roti itu dan menjadikan dalam roti lembut dan gebu.

Jadi untuk anda yang baru berjinak untuk membakar, amalkan tip ini untuk memastikan makanan anda terhasil dengan baiknya.

cara membakar kekcara membakar roticara menggunakan ketuharcara penjagaan suhu ketika bakingsuhu yang sesuai untuk membakartip membakartip penggunaan oven
https://lomp.at/erp2q
Share34Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (Threads)
Selera

8 Menu Moreh Khairul Aming Yang Paling Senang & Patut Kamu Cuba!

by Nurul A.
March 2, 2026

Selain berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah puasa, ramai orang termasuklah yang bukan Islam turut menantikan moreh. Di Malaysia, apa yang boleh...

Read moreDetails
Foto - Inside Scoop
Selera

“Rasa-Rasa Malaysia”- Sertai Inside Scoop Untuk Terokai Citarasa Tempatan

by Nurul A.
April 4, 2026

Sempena meraikan Tahun Melawat Malaysia 2026, jenama aiskrim Inside Scoop, telah melancarkan koleksi “Rasa-Rasa Malaysia”. Setiap perisa diinspirasikan daripada ramuan...

Read moreDetails
LifeXplore

Biskut Raya 2026: Tradisional & Moden Untuk Raya Lebih Meriah

by Farah Fatihah
March 13, 2026

Menjelang Aidilfitri, salah satu perkara yang paling dinanti ialah pilihan biskut raya untuk dihidangkan kepada tetamu. Setiap tahun, pelbagai jenis...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara