Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

Tips Banjir: Barang Elektrik & Perabot Boleh Selamat Jika Bina ‘Benteng’ Ini Untuk Elak Air Masuk Rumah

by Soph Azz
December 1, 2023
Foto - Radzi Ghani (FB)

Foto - Radzi Ghani (FB)

Share on Facebook

Umum mengetahui, setiap hujung tahun pasti akan ada bencana banjir yang melanda di sesetengah kawasan dalam Malaysia. Sudah menjadi satu kebiasaan, bencana banjir ini sememangnya membawa beberapa kerosakan infrastruktur serta gangguan perkhidmatan.

Mangsa banjir biasanya akan bersiap-sedia. Sama ada berpindah ke kawasan yang lebih selamat atau pun menaikkan perabot serta barangan elektrik ke tempat yang lebih tinggi dan sebagainya.

Melihatkan sesetengah kawasan dalam negara berpotensi untuk dilanda banjir, Miss Murai nak kongsikan satu tip yang mungkin berkesan untuk kamu.

Tip tersebut adalah pembinaan ‘benteng’ untuk elakkan daripada rumah dimasuki air dan menyelamatkan barangan dalam rumah daripada seorang pengguna Facebook.

‘Benteng’ Elak Air Memasuki Rumah 

Seorang pengguna Facebook, Radzi Ghani berkongsi ‘benteng’ yang dilakukan olehnya ini sesuai untuk banjir yang tidak ‘besar’ dan bawah dari paras ketinggian 2 kaki.

Menjadi mangsa banjir sejak 12 tahun yang lalu, Radzi mendedahkan ‘benteng’ ini sangat berkesan dan menyelamatkan barang rumah daripada rosak.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Foto – Radzi Ghani (FB)
  1. Plastik – beli plastik biru dari kedai perkakasan kerana ia tebal dan murah.
  2. Bata – ukur ketinggian dan beli ikut kemungkinan paras air ketika banjir.
  3. Plastisin – untuk tutup ruang di antara pintu, dinding dan lantai.
  4. Pita pendawaian
  5. Pam air – sekiranya ‘benteng’ rosak dan air mula memasuki rumah.
Topik Berkaitan [VIDEO] Detik Cemas Pelajar SPM Berenang Redah Banjir Jadi Tular- “Air Naik Tiba-Tiba”

Cara-cara bina ‘benteng’:

Foto – Radzi Ghani (FB)
  • Ambil plastik dan lekat ke dinding dengan pita pendawaian dan bina ‘benteng’ menggunakan bata.
  • Pada ketinggian yang sesuai, lipat plastik di bahagian atas dan letak dengan pita dengan kemas.
  • Kemudian ambil plastisin dan lekat ke dalam ruang atau di antara celah pintu, dinding dan lantai.
  • Akhir sekali ambil pita dan tutup dengan kemas.

[Perhatian: Pastikan kamu penuhkan atau isi ruang-ruang yang berkemungkinan air akan masuk.]

Selamat mencuba!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
banjircara atasi banjirtips banjirtips persediaan banjir
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara