Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Tips Untuk Menjayakan Adegan Berbahaya, Tom Cruise “Telan” Sedozen Telur

by Nurul A.
November 5, 2025
Foto - @tomcruise (IG)

Foto - @tomcruise (IG)

Share on Facebook

Pelakon aksi dan penerbit filem Amerika, Tom Cruise telah mendedahkan rahsia di sebalik stamina luar biasanya ketika melakukan aksi ekstrem dalam filem ‘Mission: Impossible’. 

Menerusi temu bual eksklusif dengan majalah People’s ‘Mission: Impossible‘ edisi khas, Tom berkata dia sentiasa mengambil “sarapan yang besar” sebelum melakukan adegan yang berisiko tinggi.

View this post on Instagram

Sekadar info untuk kamu, Tom yang kini berusia 63 tahun, terkenal dengan kebolehan aksinya dan akui tidak menggunakan double stunt untuk kebanyakan aksi berbahayanya termasuklah adegan ikonik tergantung dari pesawat tentera dalam ‘Mission: Impossible– Rogue Nation‘.

View this post on Instagram

Untuk bersedia sepenuhnya dari segi fizikal, Tom berkata dia mengambil hampir sedozen telur, bersama-sama dengan sosej, bacon, roti bakar, dan beberapa cawan kopi sebelum penggambaran bermula.

“Saya benar-benar makan sarapan pagi yang besar. Tenaga yang diperlukan sangat besar, saya berlatih bersungguh-sungguh untuk adegan berjalan di atas kapal terbang itu. Saya makan sosej, hampir sedozen telur, bacon, roti bakar, kopi dan banyak air. Bayangkan saja, berada di ketinggian itu, sejuk sangat. Badan saya membakar banyak tenaga.”

View this post on Instagram

Dalam filem kelapan ‘Mission: Impossible – The Final Reckoning’, Tom Cruise sekali lagi menolak had fizikalnya dengan melakukan adegan di dalam tangki kapal selam simulasi yang berputar 360 darjah, seperti berada di dalam mesin basuh.

Walaupun memakai topeng skuba dan menyedut karbon dioksidanya sendiri, dia tetap tampil tenang kerana telah berlatih untuk keadaan sedemikian semasa belajar menerbangkan jet pada tahun 1994.

View this post on Instagram

“Anda tidak akan berasa berhubung dengan watak itu jika saya mempunyai topeng biasa dan tiub pernafasan di dalam mulut saya. Nasib baik, semasa latihan jet pejuang, saya dilatih untuk menangani hipoksia dan pembentukan karbon dioksida. Saya tahu bila badan saya perlu berhenti.”

Terinspirasi sejak kecil oleh aksi wing-walkers, Tom Cruise menegaskan bahawa pembuatan filem bukan hanya profesionnya tetapi identitinya.

[VIDEO] Ezzrin Loy Kongsi Momen Bertemu Tom Cruise, Rakan Selebriti Luah Rasa 'Cemburu'-"Jangan Basuh Tangan Lagi!..."
mission impossibleTom Cruise
https://lomp.at/n8es4
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Mimi Lana Dedah Sikap Nabila Huda Ketika Dia Masih Baru Dalam Industri-“Saya Masih Ingat 10 Tahun Dulu..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon Mimi Lana mengakui industri hiburan tidaklah sekotor seperti yang digambarkan orang lain dan percaya setiap industri mempunyai baik dan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Penyanyi, Wani Kayrie membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Rukiah Kalapukong dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai hadiah hari lahir,...

Read moreDetails
Spotlight

Fauziah Nawi Cabar Diri Jadi Penagih Dadah, Sampai Pengarah Tegur Sebab ‘Lalok’

by Phic ARMAN
March 18, 2026

Kalau sebut nama Fauziah Nawi, memang tak perlu diperkenalkan lagi. Aktres senior ini sudah lama membina nama dengan lakonan penuh...

Read moreDetails
Foto - @akuamysearch (IG) / @kupu_kupu (IG)
Lokal

“Soal Berdamai Tanya Pihak Sana”- Nabila Huda

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya perselisihan faham antara pelakon Nabila Huda dan lagenda rock Datuk Amy Search masih belum menjumpai jalan penyelesaian. Menurut kenyataan...

Read moreDetails
Foto - @zendaya (IG)
Hollywood

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

by Nurul A.
January 30, 2026

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara