Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

TokTi Akui Impian Ke Pasaran China Terhenti Kerana Kahwin, Kini Mahu Umairah Sambung Hasratnya

by Puteri Alia
September 19, 2025
Share on Facebook

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan keyakinan penuh terhadap bakat besar yang dimiliki anak saudaranya, Umairah, 14, yang dilihat berpotensi bukan sahaja di pentas seni tanah air malah berpeluang melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa.

Menurut Siti, Umairah mempunyai kelebihan tersendiri yang membezakannya daripada penyanyi lain seusia, termasuk dirinya ketika zaman remaja. “Umairah ada masa depan yang sangat cerah. Malah, kelebihannya lebih luas berbanding saya kerana dia fasih berbahasa Mandarin. Jadi peluangnya besar, perjalanan masih panjang. Mak Iti (panggilan Umairah terhadap Siti) akan cuba mencari ruang untuk Umairah capai impian Mak Iti yang tidak kesampaian,” katanya pada majlis pelancaran single baharu Umairah berjudul Sayap.

Siti yang kini menjadi ikon muzik Malaysia turut berkongsi kisah peribadi, apabila impiannya untuk menembusi pasaran China suatu ketika dahulu terhenti selepas beliau mendirikan rumah tangga. “Dulu saya pernah berangan mahu menembusi pasaran China selepas menang di Shanghai. Ketika itu, Mr Tan Su Loke dan pasukan sudah bersedia, tetapi kerana saya berkahwin, impian itu terhenti. Kini, saya cuba mencari peluang itu untuk Umairah,” ujarnya.

Pelantun Seindah Biasa itu juga menitipkan pesanan penting buat Umairah agar tidak mensia-siakan bakat yang dikurniakan, di samping tidak mengabaikan pelajaran. “Umairah mula terdedah kepada industri ini sejak usia lapan tahun melalui pertandingan di kaca televisyen, sedangkan saya baru bermula pada umur 16 tahun. Suaranya lebih matang berbanding saya pada usianya. Saya lihat Umairah memang dilahirkan untuk menghiburkan orang. Tapi dalam masa sama, jangan abaikan akademik kerana masa depannya juga cerah dalam bidang itu,” nasihatnya.

Siti turut menekankan bahawa perjalanan dalam dunia seni memerlukan kesabaran tinggi dan disiplin. “Umairah mesti rajin memperbaiki kelemahan, kuasai teknik yang belum dikuasai, dan komunikasi dengan semua orang kena baik. Menjadi anak seni memang memenatkan, penat rakaman, penggambaran, temu bual. Tetapi kalau itu impiannya, dia perlu sabar dan kekalkan jati diri. Ingat selalu mak ayah, kerana itu yang paling penting,” katanya lagi.

[VIDEO] Siti Nurhaliza Ziarah Pusara Ayahnya, Raih Perhatian Ramai!-"Rindu Raya Dulu-Dulu"

Single Sayap ciptaan Resa Husin dan Farouk Roman kini boleh didengari di semua platform digital, manakala video muzik rasmi sudah ditayangkan menerusi saluran YouTube Universal Music Malaysia.

Biduanita Dato Sri Siti Nurhalizaumai
https://lomp.at/shi82
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn mencuri perhatian netizen selepas berjaya berpuasa bersama ibubapanya pada 1 Ramadhan semalam. Kongsi Mekyunn di Thread,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ieda Moin & Rakan Selebriti Di Sisi Amyza Aznan, Netizen Sebak

by Naddy Joe
February 24, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial saat mengetahui anak sahabatnya...

Read moreDetails
Foto - @dyavol.x (IG)
Bollywood

Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

by Nurul A.
January 30, 2026

MURAI yakin peminat Bollywood di luar sana panik selepas dengar khabar angin ini! King of Bollywood, Shah Rukh Khan dilaporkan...

Read moreDetails
Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
Lokal

Sharifah Sakinah Rangkul Pinggang Aidil Aiziz, Cetus Kritikan Netizen!-“Suami Orang Dipeluk Macam Tu..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Nama pelakon Sharifah Sakinah mencetuskan kritikan netizen selepas dilihat merangkul pinggang suami kepada pelakon, Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz. Menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara