Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

TokTi Dilantik Profesor Adjung UiTM – “Saya Bukan Usahawan Mas­yhur, Tapi Ini Amanah Besar”

by Puteri Alia
November 6, 2025
Share on Facebook

Terus melakar sejarah dalam perjalanan seni dan keusahawanannya, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi membuktikan pengaruh dan kredibilitinya apabila dilantik sebagai Profesor Adjung bagi Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Pelantikan itu bukan sekadar pengiktirafan terhadap sumbangan besar beliau dalam industri hiburan, tetapi juga sebagai pengiktirafan terhadap keupayaannya membina empayar perniagaan berjaya berteraskan nilai dan integriti.

Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, menzahirkan rasa rendah diri apabila menerima tanggungjawab tersebut dan menganggap ia sebagai amanah besar untuk dikongsi bersama generasi muda.

“Saya rasa begitu rendah diri kerana saya bukanlah ahli perniagaan yang masyhur. Alhamdulillah, sebagai seorang selebriti yang bergiat seni dan perniagaan, saya diberikan banyak kelebihan untuk menjadi usahawan berjaya. Saya amat terharu dengan penghormatan yang diberikan kerana ini bukan satu pengiktirafan dalam bidang seni dan keusahawanan semata-mata, tetapi satu amanah besar yang akan saya kongsi melalui pengalaman sepanjang berada dalam industri,” katanya.

Pelantun lagu Menamakanmu Cinta itu menegaskan, penerimaan jawatan Profesor Adjung itu bukanlah untuk mencari nama, sebaliknya dorongan untuk memberi kembali kepada masyarakat, khususnya anak bangsa yang sedang menimba ilmu.

“Terbukanya hati saya untuk menerima selepas menilai lebih kepada sumbangan anak bangsa. Saya harap dengan penglibatan ini, saya dapat mengajak lebih ramai pelajar UiTM menjadi usahawan berjaya dan berdaya saing di peringkat antarabangsa,” ujarnya penuh semangat.

Pihak UiTM dalam kenyataan rasmi memaklumkan pelantikan Tokti dibuat sebagai pengiktirafan terhadap kejayaannya menggabungkan kreativiti, integriti dan daya inovasi dalam membangunkan jenama tempatan hingga mendapat perhatian global. Siti dilihat sebagai simbol kejayaan wanita moden yang mampu menyeimbangkan dunia seni, perniagaan dan tanggungjawab sosial dengan penuh cemerlang.

[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Duet Menyanyi Bersama Abang Sulungnya, Curi Perhatian Ramai!

Sebagai Profesor Adjung, Tokti dijangka memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar serta tenaga akademik melalui pelbagai program termasuk perkongsian pengalaman sebenar dunia keusahawanan dan sesi ‘masterclass’. Keunikan pengalaman Siti yang berjaya mengembangkan empayar SimplySiti hingga ke pasaran antarabangsa menjadikannya contoh realistik kepada pelajar yang bercita-cita menjadi usahawan mapan.

Tokti menerima watikah pelantikan dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di UiTM kampus Shah Alam yang turut dihadiri Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin dan Dekan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Profesor Ts Dr. Shafinar Ismail. Majlis yang penuh bermakna itu sekali lagi mengukuhkan kedudukan Siti sebagai ikon negara yang bukan hanya bersuara melalui lagu, tetapi juga melalui ilmu dan inspirasi yang tidak pernah lekang dalam perjuangannya mengangkat martabat bangsa.

datuk seri siti nurhalizatokti
https://lomp.at/t2xe3
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Foto - @littlemisskhan (IG)
Lokal

[VIDEO] Ciri Lelaki Idaman Ameera Khan Buat Ramai Terkedu- “Kaya, Dia Perlu ‘Maintain’ Saya”

by Nurul A.
February 10, 2026

Pempengaruh, Ameera Khan menjadi tular baru-baru ini apabila tampil berkongsi mengenai kriteria lelaki idamannya. Ameera atau lebih mesra dikenali sebagai...

Read moreDetails
Spotlight

Ammar Alfian Tegur Wanita-wanita Yang Berangan Mahu Lelaki ‘Provider’- “Munafik Tahap Maksima!”

by Phic ARMAN
March 13, 2026

Baru-baru ini, pelakon tempatan Ammar Alfian tidak menahan diri untuk berkongsi pendapatnya tentang isu hubungan cinta dan tingkah laku sesetengah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!

by Naddy Joe
February 18, 2026

Tanggal 14 Februari 2026 akan terpahat sebagai salah satu detik bersejarah dalam industri muzik tanah air apabila 55,000 jiwa memenuhi...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Syatilla Melvin Tak Ingat Nama Ibu, Netizen Terhibur!-“9 Tahun Aku Bela Budak Ni…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pelakon, Syatilla Melvin mencuri perhatian peminat di media sosial selepas berkongsi satu video yang memaparkan gelagat anak lelakinya, Syeriv Samheizy...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara