Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Penyanyi Kumpulan The Wanted Meninggal Dunia Akibat Barah Otak

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh isterinya, Kelsey Hardwick

by Khai Azfar
March 31, 2022
Share on Facebook

Industri Hollywood berduka selepas salah seorang ahli kumpulan The Wanted, Tom Parker telah meninggal dunia pada Rabu selepas hampir dua tahun bergelut dengan kanser otak.

Isteri Sahkan Kematian

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh isterinya, Kelsey Hardwick menerusi sebuah hantaran di Instagram.

“Dengan berat hati kami mengesahkan Tom telah meninggal dunia dengan tenang hari ini di samping keluarga tercinta.

“Hati kami luluh, Tom merupakan tumpuan kami dan kami tidak dapat bayangkan bagaimana untuk meneruskan kehidupan tanpa senyuman dan kekuatanya di sisi.

“Kami berterima kasih atas rasa sayang dan sokongan semua untuk memastikan Tom terus berjuang melawan kanser demi anak-anaknya

Terima kasih atas sokongan untuk menjaganya, dia berjuang sehingga ke akhir hayat. Saya akan sentiasa berbangga dengan awak” tulis Kelsey

View this post on Instagram

A post shared by Kelsey Parker (@being_kelsey)

Kehilangan Yang Besar

Penyanyi berusia 33 tahun itu mendedahkan dirinya menghadapi kanser otak pada Oktober 2020 dan telah menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi. Menurut ahli The Wanted yang lain,Max George, Jay McGuiness, Siva Kaneswaran dan Nathan Sykes, mereka menyifatkan pemergian Tom sebagai sebuah tragedi dan kehilangan yang cukup besar.

“Dia adalah abang kami, tiada kata-kata yang mampu menggambarkan kehilangan dan perasaan sedih yang dialami. Sentiasa dan selama-lamanya berada dalam hati kami” kongsi kumpulan itu

View this post on Instagram

A post shared by The Wanted (@thewantedmusic)

Pada awal tahun. Tom sempat bersama-sama ahli kumpulannya dalam sebuah konsert jelajah reunion selepas kesemua mereka membuat keputusan untuk berpecah pada 2014. Bagaimanapun, mereka kembali bersatu pada September 2021 bagi menjayakan konsert yang dianjurkan oleh Tom bagi menyokong badan kebajikan kanser.

Untuk rekod, The Wanted yang popular dengan lagu Glad You Came pernah mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 2012. Tom meninggal seorang isteri dan dua orang cahaya mata.

The Wanted
https://lomp.at/sz63x
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
Foto - @austinskyyyy (X)
Hollywood

[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’

by Nurul A.
March 4, 2026

Nama penyanyi Selena Gomez dan penerbit rekod Benny Blanco menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas penyanyi...

Read moreDetails
Foto - @kellyclarkson (IG)
Hollywood

Kena Tipu? Kelly Clarkson Akui Tak Pernah Hadiah Kereta Selepas Menang American Idol

by Nurul A.
March 13, 2026

Penyanyi dan penulis lagu, Kelly Clarkson mendedahkan bahawa dia tidak pernah menerima kereta yang dijanjikan kepadanya selepas memenangi rancangan pencarian...

Read moreDetails
Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”

by Nurul A.
January 28, 2026

Kecoh di media sosial, apabila peminat mendakwa penyanyi dan usahawan Rihanna sedang hamil anak keempat! Khabar angin itu tercetus selepas...

Read moreDetails
Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara