Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Habiskan Rib Dalam Masa Yang Singkat?, Ini Yang Patut Anda Tahu Mengenai Tony Roma’s Rib Challenge!

by Naddy Joe
November 20, 2025
Share on Facebook

Tony Roma’s Malaysia menyemarakkan semula semangat peminat rib dengan mengembalikan acara Legacy Rib Challenge. Kempen yang dinanti-nantikan ini memberi penghormatan kepada warisan Tony Roma’s sebagai restoran pilihan untuk menikmati hidangan ribs terkenal di dunia.

Malah, Tony Roma’s turut memperkenalkan menu premium baharu yang membawa sentuhan perayaan kepada pengalaman menjamu selera pelanggan. Kempen ini diraikan sebagai simbol kenikmatan makanan, kebersamaan, dan detik bermakna, elemen yang mencerminkan semangat sebenar Tony Roma’s. 

Sejak diperkenalkan beberapa tahun lalu, Legacy Rib Challenge telah muncul sebagai acara lagenda kegemaran ramai. Kini ia kembali dengan satu pertandingan yang diadakan secara eksklusif di Tony Roma’s IOI City Mall, Putrajaya.

Acara ini menghimpunkan peminat ribs dan menghidupkan semula keseronokan serta nostalgia kepada satu cabaran makan yang ikonik. Legasi Rib Challenge ini menjadi satu tradisi yang meraikan keistimewaan Tony Roma’s dalam menyajikan ribs yang lembut, berjus dan penuh perisa, yang terus menambat selera dan hati para pelanggan.  

Menambah lagi kemeriahan acara, para peserta Rib Challenge Competition yang berlangsung secara eksklusif di Tony Roma’s IOI City Mall, Putrajaya turut berkongsi keterujaan mereka terhadap acara yang dinanti-nantikan ini, yang dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Hanif Rahman, Pengurus Besar Jenama, Kumpulan Revenue Valley. 

Juara Rib Challenge tahun ini, Hilman Adrees berjaya ‘sapu licin’ dengan menikmati 8 beef ribs, 1 lamb rib, mashed potatoes dan Kickin’ Shrimp hanya dalam tempoh masa 14:08 minit.

“Ini kali pertama saya sertai Rib Challenge dan jujurnya, saya tak tahu apa nak dijangka. Saya datang sebab memang suka makan ribs. Tapi bila pertandingan bermula, sorakan dan suasana tu memang buat saya semangat.

Sekarang saya faham kenapa ramai kata ribs Tony Roma’s memang lagenda,”-kata Hilman

Selera hebatnya melayakkan Hilman memenangi wang tunai RM2,000 dan makanan ribs Tony Roma’s selama setahun. 

Siapa Sangka, Dalam 'Mall' Pun Meriah Sambut Merdeka!

Perkenal Menu Tempoh Terhad Eksklusif

Sempena dengan cabaran ini, Tony Roma’s memperkenalkan menu tempoh terhad eksklusif yang direka khas untuk dikongsi dan dinikmati oleh pasangan, keluarga dan penggemar rib. Menu ini menawarkan pilihan hidangan rib yang lazat dan pasta yang memikat selera, sambil meraikan nilai kebersamaan, sesuai untuk mencipta momen istimewa sepanjang musim perayaan.

Setiap hidangan disediakan dengan penuh teliti bagi memastikan setiap pelanggan dapat menikmati cita rasa lagenda Tony Roma’s yang terkenal di seluruh dunia. 

Kempen Time For Tony Roma’s (Masa Untuk Tony Roma’s) diadakan di semua cawangan Tony Roma’s dari 10 November 2025 hingga 7 Januari 2026. Raikan detik-detik indah bersama kami untuk pengalaman menjamu selera istimewa dan menikmati menu menarik yang ditawarkan. Untuk maklumat lanjut, layari FB @TonyRomasMalaysia , IG @trmalaysia & Tiktok @trmalaysia  

Tony Roma’s
https://lomp.at/yk3a1
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Biskut Raya 2026: Tradisional & Moden Untuk Raya Lebih Meriah

by Farah Fatihah
March 13, 2026

Menjelang Aidilfitri, salah satu perkara yang paling dinanti ialah pilihan biskut raya untuk dihidangkan kepada tetamu. Setiap tahun, pelbagai jenis...

Read moreDetails
Foto - Inside Scoop
Selera

“Rasa-Rasa Malaysia”- Sertai Inside Scoop Untuk Terokai Citarasa Tempatan

by Nurul A.
April 4, 2026

Sempena meraikan Tahun Melawat Malaysia 2026, jenama aiskrim Inside Scoop, telah melancarkan koleksi “Rasa-Rasa Malaysia”. Setiap perisa diinspirasikan daripada ramuan...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Selera

8 Menu Moreh Khairul Aming Yang Paling Senang & Patut Kamu Cuba!

by Nurul A.
March 2, 2026

Selain berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah puasa, ramai orang termasuklah yang bukan Islam turut menantikan moreh. Di Malaysia, apa yang boleh...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  4. 4

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  5. 5

    [VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara