Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Travel Lebih Mudah! Kini Boleh Tempah ‘Stay’ Tanpa Keluarkan Duit Dulu

by Phic ARMAN
February 26, 2026
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau dulu nak tempah penginapan kena fikir dulu bajet cukup ke tak, sekarang Airbnb bagi nafas lega buat pengembara dengan pengenalan ciri Tempah Sekarang, Bayar Kemudian. Memang dengar macam simple, tapi impaknya besar terutama buat mereka yang suka plan travel awal tapi bayar kemudian.

Ciri ini membolehkan tetamu Malaysia mengesahkan tempahan penginapan yang layak di seluruh dunia tanpa perlu keluarkan bayaran pada saat tempahan dibuat. Maksudnya? Lock dulu tempat idaman korang, soal bayar boleh fikir kemudian ikut tempoh yang ditetapkan sebelum tamat tempoh pembatalan percuma.

Kalau ikut vibe sekarang, ramai memang lebih suka fleksibiliti. Apatah lagi bila travel dengan keluarga atau kawan-kawan, bab kumpul duit dan bahagikan kos tu kadang ambil masa. Jadi bila ada pilihan bayar kemudian, proses nak setelkan bajet jadi lebih teratur dan kurang stres.

Yang menariknya, polisi pembatalan yang ditetapkan oleh hos tak berubah langsung. Hos masih kekal dengan aturan asal mereka, dan bayaran daripada tetamu hanya akan diproses sebelum tempoh pembatalan percuma tamat. Jadi kalau ada pembatalan, hos masih ada ruang masa untuk dapat tempahan lain, win-win untuk kedua-dua pihak.

Airbnb pun dedahkan data yang menunjukkan memang ramai pengguna mahukan fleksibiliti macam ni. Dalam tinjauan terhadap 536 orang dewasa Malaysia, sebanyak:

  • 68% kata pilihan bayaran fleksibel itu penting bila tempah percutian
  • 67% pernah guna pilihan bayaran fleksibel, dan 88% daripada mereka nak guna lagi untuk tempahan seterusnya
  • 46% mengaku pernah terlepas penginapan pilihan sebab ambil masa nak selaraskan pembayaran dengan rakan travel
via Airbnb

Angka ni jelas menunjukkan demand untuk sistem bayaran yang lebih fleksibel memang tinggi. Dan dengan ciri baru ni, pengembara boleh rebut dulu penginapan popular terutamanya untuk acara besar atau destinasi trending tanpa perlu risau keluar duit terus.

Airbnb Dedah Malaysia Negara Paling Dikunjungi oleh Tetamu Airbnb Tempatan Pada 2024

Secara mudahnya, Tempah Sekarang, Bayar Kemudian memang direka untuk bantu tetamu rancang lebih awal, atur bajet dengan tenang dan elak terlepas tempat stay yang hot. Bagi MURAI, kalau ada cara yang mudahkan urusan travel dan kurangkan tekanan kewangan sikit, memang kita sokong!

Airbnb
https://lomp.at/mycx1
Share7Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Foto - Inside Scoop
Selera

“Rasa-Rasa Malaysia”- Sertai Inside Scoop Untuk Terokai Citarasa Tempatan

by Nurul A.
April 4, 2026

Sempena meraikan Tahun Melawat Malaysia 2026, jenama aiskrim Inside Scoop, telah melancarkan koleksi “Rasa-Rasa Malaysia”. Setiap perisa diinspirasikan daripada ramuan...

Read moreDetails
Selera

Nikmati Lomak Salai Tampin Di Buffet Ramadhan Heritage Valley KL, Harga Hanya Bermula RM44!

by Naddy Joe
February 15, 2026

Heritage Valley Kuala Lumpur mempersembahkan buat julung kalinya Ramadhan Feast Buffet berkonsepkan suasana kampung di tengah kota, hasil kolaborasi eksklusif...

Read moreDetails
LifeXplore

Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

by Phic ARMAN
February 21, 2026

Berbuka puasa kini bukan hanya di rumah atau restoran. Ramai memilih untuk berbuka secara santai di kawasan terbuka sambil berkelah...

Read moreDetails
LifeXplore

Dari Roti Ke Rezeki Raya, Gardenia Bantu Asnaf Shopping Raya

by Phic ARMAN
March 12, 2026

Bila masuk saja bulan Ramadan, memang terasa aura berkongsi dan saling membantu. Kali ini, jenama roti kegemaran ramai, Gardenia Bakeries...

Read moreDetails
LifeXplore

OOTD Raya Port Baru? Jom Terjah Dekorasi ‘Raya Mansion’ Di The Gardens Mall

by Phic ARMAN
March 12, 2026

Kalau cakap pasal vibe raya yang klasik tapi masih nampak moden, MURAI baru-baru ini sempat singgah ke The Gardens Mall...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara