Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tular Isu Komen Netizen Di TikTok, Madammu Nafi Kahwin Suami Sebab Duit Semata-Mata

Usahawan terkenal yang juga pengasas produk Noir, Eriyca Baiduri menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dia berkahwin dengan suaminya, Azri, 44 disebabkan wang semata-mata.

by Arsiqin Yusof
August 13, 2022
Share on Facebook

Usahawan terkenal yang juga pengasas produk Noir, Eriyca Baiduri menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dia berkahwin dengan suaminya, Azri, 44 disebabkan wang semata-mata.

“Cuba laki (suami) pakai kereta Wira buruk dah lama bini (isteri) lari.”

Demikian komen netizen yang ditujukan kepada usahawan yang juga penaja Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) itu.

Hanya Lelaki Biasa Ketika Berkahwin

Eriyca, 33, atau mesra disapa Madammu berkata, ketika mereka berkahwin pada tahun 2015, suaminya itu hanya lelaki biasa dan bukan kaya raya.

“Sebenarnya saya taklah marah dan geram. Saya faham, tak semua orang kenal kita, tak semua orang tahu kisah kita dan tak semua orang tahu cerita kita. Cuma, apa yang saya boleh katakan, saya dengan suami ini kami berkahwin daripada tak ada apa apa dan bermula daripada sederhana.

“Saya berkahwin dengan suami bukan sebab duit semata-mata. Tak semua perempuan berkahwin sebab duit. Saya berkahwin dengan suami sebab dia baik. Dia akan membahagiakan dan menjaga saya dengan baik. Jadi, itu yang sebenarnya saya nak dalam rumah tangga. Masa saya kahwin dengan dia, walaupun waktu itu dia biasa-biasa tapi saya percaya dengan budi bicara, karakter dia yang sangat melindungi, saya tahu dia boleh jaga saya.

“Saya tahu rezeki boleh dicari kemudian dan boleh cari bersama-sama. Alhamdulillah, hari ini daripada kami biasa-biasa kami dapat mencapai apa yang kami nak. Sebab itu dalam rumah tangga ini niatnya kena betul. Jadi, saya okay saja dengan netizen itu,” katanya.

Bermula Dengan Rumah Sewa

Menurut Eriyca, dia dan suami bermula dari tinggal di rumah sewa hingga dapat membeli rumah sendiri selain dapat membina empayar pernigaan jenama Noir Health & Beauty (Noir).

“Kehidupan dulu tidaklah semewah hari ini. Dari kami duduk rumah sewa kami beli rumah. Perlahan-lahan perniagaan makin berkembang dan maju. Jadi jika ada yang kata saya kahwin sebab duit itu salah. Sata faham, netizen ni mereka suka buat andaian dan mereka suka bercakap apa yang mereka fikir.

“Kalau nak tahu, jenama Noir adalah saya punya sendiri. Begitu juga suami yang mempunyai perniagaan sendiri, tapi lebih banyak bantu saya di Noir,” katanya.

https://www.tiktok.com/@eriyca.baiduri/video/7130482339548892443?_r=1&_t=8UmuoOWvxM9&is_from_webapp=v1&item_id=7130482339548892443

[VIDEO] Madammu Hadiahkan Dua Anak Perempuannya Cincin Berlian!

Terdahulu, Eriyca membalas pertanyaan pengguna itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok yang memaparkan dirinya bersama suami di dalam kereta.

Perkongsian video itu mencecah lebih 1.1 juta tontonan, mendapat lebih 52,000 tanda suka, hampir 1200 komen dan lebih 600 perkongsian semula, setakat artikel ini ditulis.

madammu
https://lomp.at/vvrdv
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
Lokal

Mia Sara Kesal Dengan Sikap Netizen Yang Masih Mengecamnya Isu Dengan Puteri Balqis-“Seronok Kumpul Dosa..”

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pelakon, Mia Sara meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang melemparkan kata-kata makian selepas dia memberikan penjelasan berhubung konflik melibatkan...

Read moreDetails
Lokal

Ummi Nazeera Kongsi Sikap Azhan Rani-“Dialah Yang Tolong Saya..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan sikap pelakon, Azhan Rani selepas tular hantaran seorang usahawan di media sosial apabila dia memesan ayam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore