Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Tular Sindiket Ternak Telur Manusia Di Georgia, 3 Wanita Thailand Ini Buat Pendedahan Mengejut!

by Soph Azz
February 14, 2025
Foto - Nation Thailand

Foto - Nation Thailand

Share on Facebook

Sekumpulan wanita Thailand telah diselamatkan selepas terjebak dalam sindiket penuaian telur manusia di Georgia. Dikendalikan oleh gangster China, wanita yang terlibat dalam sindiket ini akan dibius setiap bulan untuk menuai telur mereka untuk dijual. 

Dipetik daripada Bangkok Post, Pavena Hongsakula, pengasas Yayasan Pavena untuk Kanak-Kanak dan Wanita, mengetahui hal tersebut selepas salah seorang daripada wanita yang dibebaskan dan kembali ke Thailand pada September 2024, selepas membayar gangster itu sekitar 70,000 baht (RM9,222.22) sebagai wang tebusan.

Mangsa yang tidak mendedahkan nama, memberitahu bahawa beberapa wanita Thailand lain masih ditahan dalam ‘ladang telur manusia’ kerana mereka tidak mampu membayar wang tebusan tersebut.

Foto – Nation Thailand

Salah seorang mangsa mendedahkan bagaimana dia telah ditipu oleh iklan Facebook yang menjanjikan pendapatan antara 400,000 dan 600,000 baht. Dia dimaklumkan pekerjaan itu melibatkan ibu tumpang bagi pasangan mandul di Georgia. Perekrut pula akan menanggung perbelanjaan pasport dan perjalanan mereka.

Foto – The Sun

Bertentangan dengan apa yang dijanjikan, mangsa ditipu dan mendapati tiada pasangan mandul yang mencari khidmat ibu tumpangan. Mereka dibawa ke perkarangan empat rumah besar, di mana lebih kurang 100 wanita Thailand ditahan.

Foto – Metro UK

Kawasan yang dikawal ketat oleh gangster China, memaksa setiap wanita mengambil suntikan hormon untuk merangsang pengeluaran telur dan setiap bulan akan dibius untuk prosedur pengambilan telur.

Telur yang dituai akan diseludup ke negara lain untuk digunakan dalam prosedur IVF (in vitro fertilization).

Buat masa sekarang, Georgia tidak mempunyai peraturan khusus mengenai khidmat ibu tumpang dan kini kerajaan dalam rancangan untuk memperkenalkan larangan perkhidmatan tersebut.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
georgiasindiket telur manusiaThailand
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara