Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Tutup 2022 Dengan Koleksi SHEIN Holiday, 5 Item Ini Yang Perlu Dimiliki!

by Soph Azz
December 20, 2022
Foto - SHEIN

Foto - SHEIN

Share on Facebook

Tak silap tinggal sekitar 11 hari saja lagi sebelum tahun 2023 tiba. Sambil menyambut musim percutian dan Hari Natal, SHEIN membentangkan koleksi Holiday 2022; khas untuk mereka yang mencari ceraian pakaian untuk digayakan sebagai penutup tahun 2022.

Pelbagai gaya disediakan untuk kamu termasuklah persalinan kilauan labuci berwarna-warni, blazer bulu tiruan, cetakan mod nan sofistikated dan juga pakaian kulit. Apa pun setiap gaya SHEIN ini sesuai untuk dipadankan dalam mana-mana majlis sosial tau!

Menerusi koleksi Holiday 2022 ini, Miss Murai kongsikan gaya penampilan yang terbaik, patut kamu miliki dan cuba sekarang…

Smart Chic – Blazer Liburan Sempurna 

Foto – SHEIN

Ada makan malam atau parti dengan rakan di tengah kota? Cuba kamu padankan blazer dengan padanan crop top atau dress di bawahnya untuk tampilkan gaya yang lebih menawan. Kemudian gandingkan bersama clutch, aksesori serta kasut bernada klasik. Sangat versatil dan fun!

Cosy Holiday Look – Gaya Ugly Sweater Yang Cool 

Foto – SHEIN

Setiap kali tiba Hari Natal, ‘ugly sweater’ pasti akan jadi pilihan ramai. Tak kiralah pakai semasa parti di rumah atau ke pejabat, SHEIN mempunyai banyak seleksi pilihan baju sejuk Krismas untuk kamu gayakan. Kamu boleh padankan secara sendirian atau dengan gabungan ceraian pakaian lain, ikut keselesaan kamu!

Glam Princess Style – Rincian Mewah Kot Bulu Palsu 

Foto – SHEIN

Bagi menampakkan gaya kamu lebih glamor dan mewah, cuba gayakan kot  bulu palsu bersama dress berpotongan fit atau padanan top dan skirt. Dilengkapkan dengan aksesori nuansa metalik seperti clutch dan cermin mata hitam serta but  bertumit tinggi paras lutut bagi menyempurnakan seri gaya glamor ini.

Topik Berkaitan Sharifah Sakinah Gesa Boikot Produk Jenama Fesyen Ini, Dakwa Jual Patung S*ks Kanak-Kanak

Double Denim Look – Gantikan Seluar Dengan Gaya Kargo 

Foto – SHEIN

Untuk double denim look, padankan saja seluar jeans berpotongan longgar bersama rompi atau cropped top. Kemudian lengkapkan gaya ini dengan kasut bertumit tebal, aksesori berkilau serta dandanan rambut dan solekan glamor. Jangan lupa untuk lapiskan bersama kot berwarna terang!

The Rock Glamour Era – Suntikan Siluet & Cetakan Lantang 

Foto – SHEIN

Era 60-an masih lagi relevan pada tahun ini, jadi ekspresikan diri menerusi ceraian pakaian yang merangkumi semua jenis estetika. Antaranya nuansa hippie kepada mod, sehingga youthquake untuk gaya yang lebih bersemangat, seksi dan rock glamor.

Kalau berminat, kamu boleh beli dan layari SHEIN Malaysia di [WEB], [FB] dan [IG] atau di aplikasi SHEIN sendiri.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
koleksi sheinsheinshein holiday 2022shein malaysia
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - PUMA
Fesyen

Rosé & PUMA Bergabung Tenaga, Lancar Speedcat Mule Baharu Yang Sangat Chic!

by Nurul A.
June 23, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, Rosé tampil bergabung tenaga dengan PUMA, memperkenalkan Speedcat Mule. Kolaborasi ini merupakan evolusi luar biasa yang menggabungkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Hadiah Yang Ada ‘Soul’: Ferragamo Gabungkan Seni Kraf & Gaya Untuk Hari Bapa

by Phic ARMAN
June 13, 2026

Hari Bapa bukan sekadar sambutan tahunan, tetapi waktu terbaik untuk menghargai pengorbanan dan jasa seorang ayah. Jika masih tercari-cari hadiah...

Read moreDetails
Foto - OWNDAYS
Fesyen

OWNDAYS Malaysia Lancarkan Kempen OWN “your” DAYS Bersama Mira Filzah

by Nurul A.
August 2, 2026

OWNDAYS Malaysia menampilkan pelakon terkenal dan ikon gaya hidup, Mira Filzah, sebagai Duta Kempen rasminya, sekali gus membuka lembaran baharu...

Read moreDetails
Tanoti
Fesyen

Alat Tenun Kepada Gaya Hidup, Tanoti Bawa Tradisi Kraf Hidup Borneo Ke Kuala Lumpur

by Nurul A.
August 11, 2026

Lembaran paling bercita-cita tinggi dalam sejarah 14 tahun, Tanoti menyaksikan perusahaan sosial Sarawak membuka kedai pop-up ISETAN KLCC, meluncur di...

Read moreDetails
Koleksi hijab pertama UNIQLO Malaysia
Fesyen

UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

by Nurul A.
August 5, 2026

UNIQLO bakal memperkenalkan koleksi hijab pertamanya di Malaysia, menandakan satu peristiwa penting bagi peruncit global itu kerana ia memperluaskan falsafah...

Read moreDetails
Foto - @michaelbjordan (IG)
Fesyen

Seperti Kembar Terpisah! Wajah 5 Pelakon Kacak Ini Mirip Pemain Bola Sepak!

by Nurul A.
July 12, 2026

Sumpah ingatkan kembar, tapi rupanya bukan! Memang tak sangka pelakon lelaki kacak ini memiliki wajah yang hampir sama dengan pemain bola...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    Kemanakah Perginya Julia Rais? 3 Spekulasi Ini Jadi Tanda Tanya

  5. 5

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara