Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai

by Naja Nix
December 22, 2025
via Instagram /@tyaarifinw

via Instagram /@tyaarifinw

21
KONGSIAN
Share on Facebook

Keperibadian usahawan dan menantu kepada penyanyi ternyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Tya Arifin, sekali lagu mencuri perhatian warganet apabila Tya dilihat terlibat secara aktif dalam persiapan pot luck day di sekolah anaknya.

Momen tersebut dikongsikan menerusi satu video di Instagram miliknya dan pantas meraih reaksi positif daripada orang ramai.

Hadir Seawal Pagi, Bukan Sekadar ‘Datang Jenguk’

Menerusi video berkenaan, Tya dilihat tiba di sekolah anaknya seawal jam 7 pagi dengan membawa dua dulang makanan untuk dikongsi bersama murid-murid lain.

View this post on Instagram

Namun kehadirannya bukan sekadar menyerahkan makanan, sebaliknya turut sama membantu menghias kelas termasuk menyediakan dekorasi photobooth khas untuk hari tersebut.

Apa yang lebih mencuri tumpuan, beberapa murid dilihat membantu Tya menyiapkan dekorasi, menyusun meja, membuka dan menyusun bungkusan makanan serta membersihkan bawah meja.

Ianya satu pemandangan yang jarang berlaku tetapi cukup menyenangkan untuk dilihat.

Turut Bermain & Layan Anak-Anak, Aura ‘Kakak’ Bukan ‘Aunty’

Selain membantu dari segi persiapan, Tya turut meluangkan masa bermain permainan bersama murid-murid, malah membantu mengagihkan makanan kepada mereka. Sikap mesra dan mudah didekati itu membuatkan kanak-kanak berasa selesa dengannya.

Dalam kapsyen bersahaja, Tya secara santai berkongsi detik yang membuatkan dirinya terhibur apabila berjaya “mengajar’ murid-murid memanggilnya “kakak” dan bukannya “aunty”, sekali gus menambah elemen humor dalam perkongsian tersebut.

Netizen Puji Sikap Prihatin, Dianggap ‘Parents Idaman Guru’

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum terhadap sikap Tya yang disifatkan rendah diri, rajin membantu dan tidak kekok turun padang.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah ada yang menyifatkan ibu bapa seperti Tya sebagai “parents idaman guru” kerana banyak meringankan beban tenaga pengajar.

Tidak kurang juga yang memuji keputusannya menghantar anak ke sekolah kebangsaan, yang dianggap mampu membentuk jati diri dan nilai sosial anak-anak sejak kecil kecil.

Malah, ada yang menyatakan individu seperti Tya membawa aura positif kerana gemar mengurus dan memastikan orang sekeliling berasa selesa serta gembira.

via Instagram @nouriesa
via Instagram /@anom510
via Instagram /@syamim_rahim
via Instagram /@atiqmisz

Contoh Ibu Bapa Aktif Dalam Pendidikan Anak

Secara keseluruhan, perkongsian ini bukan sahaja memaparkan sisi keibuan Tya Arifin, malah memberi gambaran jelas tentang kepentingan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah.

Sikap proaktif seperti ini dilihat mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih harmoni, bukan sahaja untuk murid, malah untuk para guru.

Ringkasnya, green flag parent behaviour ialah tenang, supportive, dan memang buat orang senang hati.

[VIDEO] Tya Arifin Beli Kasut Kepada Ibu Bapa, Curi Perhatian Netizen-"Saya Jeles Laa."
menantu datuk siti nurhalizaparents idaman gurupotluck dayTya Arifin
https://lomp.at/ficw1
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Mia Sara Kesal Dengan Sikap Netizen Yang Masih Mengecamnya Isu Dengan Puteri Balqis-“Seronok Kumpul Dosa..”

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pelakon, Mia Sara meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang melemparkan kata-kata makian selepas dia memberikan penjelasan berhubung konflik melibatkan...

Read moreDetails
Foto - @mimi.peri (IG)
Indonesia

[VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

by Nurul A.
March 6, 2026

Nampaknya video lama pempengaruh Indonesia, Mimi Peri menjadi tular sekali lagi. Menerusi video tersebut, Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani,...

Read moreDetails
Berita

Umie Aida Tampil Pertahankan Puteri Balqis-“Tolong Jangan Ganggu…”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Datin Sri Umie Aida tampil mempertahankan pelakon, Puteri Balqis berhubung kemelutnya bersama pelakon, Mia Sara Nasuha. Kongsi Umie Aida...

Read moreDetails
Lokal

“Bila Kita Terburu-Buru Untuk Berkata Dengan Perasaan Marah…”-Mia Sara

by Naddy Joe
February 19, 2026

Pelakon, Mia Sara mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memberikan kenyataan yang melibatkan kemelut dirinya bersama pelakon, Puteri Balqis. Mia Sara...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Sheikh Muszaphar Terharu Lihat Ibu Masih Bertenaga Ketika Saie-“Siap Lari Anak Lagi..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa kagum dengan ibunya yang masih bertenaga biarpun sudah berusia 81 tahun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara