Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ucapan Erma Fatima Bikin Sebak – “Amira, Jaga Anak Saya Itu Baik-Baik”

by Puteri Alia
October 27, 2025
PETALING JAYA 22 AUGUST 2017. Pelakon, Erma Fatima dikenali Mak Cun ketika Peniagawati lancarkan program Malaysia Fashion and Business Mission to New York . NSTP/NURUL SHAFINA JEMENON

PETALING JAYA 22 AUGUST 2017. Pelakon, Erma Fatima dikenali Mak Cun ketika Peniagawati lancarkan program Malaysia Fashion and Business Mission to New York . NSTP/NURUL SHAFINA JEMENON

Share on Facebook

Pelakon dan pengarah tersohor, Erma Fatima, 56, mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video penuh emosi di media sosial yang ditujukan khas buat pasangan pengantin baharu, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32. Dalam video berlatarkan lagu Ketika Cinta Bertasbih itu, Erma menzahirkan doa dan harapan agar rumah tangga pasangan selebriti itu kekal bahagia hingga ke syurga, namun ekspresi tulus kasih sayang yang dipamerkannya membuat ramai penonton sebak.

Menurut Erma, niat asalnya hanyalah untuk menghasilkan video santai bercampur sedih dan lucu sempena majlis pertunangan serta perkahwinan mereka. Namun, segalanya bertukar menjadi momen penuh hiba apabila dia sendiri tidak mampu menahan air mata melihat dua insan yang disayanginya itu bergelar suami isteri.

“Niat hati aku nak buat video sedih, joke tunang kahwin tapi sesungguhnya aku memang sebak melihat mereka. Terima kasih Allah… Kau hantar seorang insan yang dapat memberi cinta sejati buat dia. Pelihara cinta mereka hingga ke Jannah dengan asma Ya Rahman… Ya Rahim. Amira jaga anak saya itu baik-baik okay… Mama sayang kamu berdua,” tulis Erma dalam kapsyen penuh emosi itu.

Hantaran berkenaan segera menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi di ruangan komen Instagram (IG). Ramai netizen mengakui tersentuh dengan ucapan kasih Erma yang dianggap begitu tulus, menggambarkan betapa dalamnya hubungan kekeluargaan yang terjalin antara dirinya dan Fattah.

“Kebanyakan orang lain semua pesan Fattah jaga Amira baik-baik, tetapi yang ini pesan Amira jaga Fattah. Moga bahagia mereka sampai Jannah,” tulis seorang pengguna.

Ada juga yang berseloroh namun tetap tersentuh dengan keikhlasan Erma.

“Kak Erma ni nampak dia sayang betul pada Fattah ni… Betul la kan orang baik ramai sayang. Sebak baca ‘wish’ Kak Erma ni,” kata seorang netizen, manakala seorang lagi menulis, “Aduh Kak Erma kenapa kupas bawang pukul 1 pagi ni. Ucapan ni nampak simple tapi dalam sangat… terus rasa sebak.”

Kasih seorang insan seni yang selama ini banyak membimbing dan menyayangi Fattah bukan hanya di layar perak, tetapi dalam kehidupan nyata, benar-benar dirasai ramai. Doa dan ungkapan Erma yang menyentuh hati itu dianggap lambang hubungan kekeluargaan yang ikhlas tanpa batas pangkat mahupun darah daging.

[VIDEO] Amira Othman Kongsi Pengalaman Pergi Haji Tanpa Disangka, Curi Perhatian Ramai!

Untuk rekod, Fattah dan Amira selamat disatukan dalam majlis akad nikah yang berlangsung indah di Sepang, Selangor, pada 14 September lalu, dihadiri keluarga terdekat serta rakan selebriti. Ucapan penuh kasih Erma bukan sekadar doa seorang teman, tetapi juga restu seorang ibu dalam dunia seni yang menyaksikan perjalanan cinta dua hati ini bermula dan kini disatukan atas nama cinta yang halal.

Amira Othmanerma fatimafattah amin
https://lomp.at/8paxr
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Zara Zya Pilu Lihat Keluarga Sudah Berpecah-“Sekarang Saya Cuma Dengan Mama Sahaja..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon, Zara Zya meluahkan rasa pilu melihat keluarganya yang kini sudah berpecah dan ada yang sudah bertahun tidak bersua muka....

Read moreDetails
Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat kembali mencetuskan pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 19, 2026

Perkongsian usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzokumura mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak lelakinya, Sky Taizo Okumura yang menikmati...

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara