Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Uii! Ini 5 Rahsia Besar Hayati Tahir

by Khai Azfar
February 16, 2018
Share on Facebook

Masihkah anda ingat dengan seorang gadis yang meminta hutang dari seseorang yang menggunakan dialek Siam? Kerana video tersebut, gadis yang dikenali sebagai Hayati Tahir atau lebih mesra disapa sebagai Yat ini tular dan kehidupannya juga berubah hampir 360′.

YouTube video

Selebriti Media Sosial

Kehidupan yang berubah bukanlah kerana menjadi sesuatu yang tidak baik, namun siapa sangka kerana video tersebut Yat yang sebelum ini hanya suri rumahtangga sepenuh masa berubah menjadi selebriti media sosial yang kini mempunyai lebih dari 100 ribu pengikut di Instagram.

“Saya memang tak sangka video tu boleh tular macam tu sekali. Niat asal memang nak minta duit yang dipinjam dari kawan dan Alhamdulillah dah dapat balik. Sekarang pun, lepas je video tu, saya dapat banyak permintaan untuk buat review bisnes mereka. Dan untuk video pula, saya buat ikut isu semasa,tak semua topik saya akan buat”

Menurut Yat kepada murai.my, beliau sama sekali tidak menyangka akan menjadi terkenal kerana video yang dimuat naiknya itu sememangnya mahu meminta semula hutang daripada kawannya itu.

Tidak lama kemudian, selepas video itu dikongsi dan tular, semakin ramai pula yang meminta Yat membuat video terbaharu.

5 Rahsia Hayati Tahir

Untuk anda yang tertanya, adakah beliau sememangnya ‘begitu’ jawapan kami adalah ‘Ya’ cukup positif dan periang! Namun begitu, tahukah anda ada 5 rahsia besar yang telah dikongsikan oleh suaminya, eksklusif di murai.my!

1. Suka Makan Petai

Jangan tak tahu, Yat seorang yang gemarkan petai! Malah gadis yang berasal dari Besut Terengganu ini boleh makan petai begitu sahaja seperti kacang.

2. Menjadi ‘Gila’ Adalah Perkara Biasa

Seperti yang kami katakan tadi, beliau sememangnya seorang yang periang! Tidak hairanlah jika dimana sekalipun beliau boleh berubah menjadi ‘gadis siam’ dan membuat video seperti sebelum ini.

3. Marah Bila…

Suaminya puji perempuan lain! Disebalik keriangannya, jika terdapat isu ini sudah pasti akan menimbulkan kemarahan pada Yat. Uiii!!

4. Hobi Yang Pelik

Memang pelik! Sesetengah orang hobinya seperti melihat wayang dan sebagainya. Tetapi tidak pada Yat. Ini kerana beliau sangat suka mengemas dan hanya akan mengemas pada waktu tengah malam. Tambah suaminya, jika Yat stress, kemas rumah adalah terapinya.

5. Darah Campuran

Jika anda tertanya adakah beliau mempunyai darah Siam, jawapannya adalah Tidak. Sebaliknya, Yat mempunyai darah campuran Champa dalam keluarganya. Dan slang yang dituturkannya itu adalah sedikit sebanyak dipengaruhi pertuturannya bersama keluarga. Menarik!

Gambar  Instagram Hayati Tahir 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
hayati tahir
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara