Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Ujian Ibu Mengandung, Syatilla Melvin Luah Rasa Nak Muntah Tengok Rumah Sendiri

by Puteri Alia
September 22, 2021
Foto - Instagram @samtilla

Foto - Instagram @samtilla

23
KONGSIAN
Share on Facebook

Ujian bagi setiap ibu hamil berlainan, kebanyakan wanita mengandung akan mengalami alahan semasa awal kehamilan. Dan kadang-kala alahan yang dialami sang isteri boleh membuatkan sang suami mati kutu di buatnya!

Syatilla Loya Tengok Kediaman Sendiri

Pelik tapi benar, itulah yang sedang dilalui oleh aktres jelita ini, Syatilla berkongsi pengalaman di Instagram di mana dirinya kini mengalami alahan yang luar biasa.

Menurut Syatilla setiap kali dirinya bangun waktu pagi, dan melihat perabot serta dekorasi dalam rumah diirnya akan berasa mual dan ingin muntah.

Foto – Instagram @samtilla

“Kali ni mengandung, Tilla mabuk dan melugai!!!!

Tilla melugai dengan benda yang Tilla terlalu suka buat!!!

Nak tahu apa?

Tilla tak boleh tengok rumah Tilla sendiri. Ya Allah, rasa nak muntah bangun pagi tengok rumah sendiri.

Barang-barang rumah yang Tilla deko semua tak boleh pandang. Matilah macam ni Ya Allah.

@shaheizy_sam takkan kena tidoq hotel sampai beranak?”

Memahami Keadaan Syatilla, Peminat Kongsi Pengalaman Serupa

Melihat luahan pelakon jelita ini membuatkan peminat berasa terhibur dan ada juga yang berkongsi mengalami alahan yang sama sepertinya di ruangan komen postingnya.

Foto – Instagram @samtilla

“Sama kita. Saya 4 bulan duduk rumah mak.. Tak boleh tengok rumah sendiri, bau rumah sendiri pun tak boleh! Loya, pening, muntah-muntah. Alhamdulillah sekarang dah selamat bersalin pun.”

“Sama.. Balik kerja tengok pintu rumah terus termuntah-muntah. Makan nasi pun tumpang rumah jiran.”

“Macam saya, tak boleh duduk rumah sendiri… Saya bertapak dekat rumah makcik saya sampai usia kandungan 7 bulan..”

“Betul.. Saya pun ada benda dekat rumah tak boleh pandang, rasa nak muntah.”

Pelik-pelik juga alahan wanita mengandung sekarang ni, ujian buat ibu hamil dan suami.

alahanshaheizy samsyatilla melvin
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem