Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Islamik

Umat Islam Dilarang Berpuasa Selepas 15 Syaaban? Sabar! Hadamkan Dulu Penjelasan Ini

by Puteri Alia
March 1, 2024
Share on Facebook

Setelah melepasi 15 Syaaban, ramai yang menganggap bahawa puasa tidak lagi dibenarkan sehinggalah tiba Ramadan. Pernyataan ini sering diperkatakan setiap kali Nisfu Syaaban berlalu. Namun, hal ini tidak selalunya betul, terutama apabila dilihat dari sudut pandang hadis dan pandangan ulama.

Hadis riwayat Abu Daud yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA menyebutkan, “Apabila tiba pertengahan bulan Syaaban, maka janganlah kalian berpuasa.”

Ini menjelaskan bahawa puasa selepas pertengahan Syaaban tidak disyariatkan. Hal yang sama turut disebutkan dalam kitab Taqrirat Sadidah karya Habib Hassan Al-Kaff yang menyatakan bahawa hanya tiga golongan yang dibenarkan berpuasa selepas pertengahan Syaaban:

1. Mereka yang berpuasa wajib seperti qada puasa, kaffarah, atau nazar.
2. Individu yang telah melazimkan diri untuk berpuasa sebelum ini, seperti puasa sunat Isnin dan Khamis.
3. Mereka yang memulakan amalan puasa pada 15 Syaaban, walaupun sebelum ini tidak pernah berpuasa.

Memetik kenyataan Ustazah Asma’ Harun, beliau menyimpulkan bahawa umat Islam disunatkan untuk berpuasa secara amnya dalam bulan Syaaban dan dibenarkan untuk berpuasa sunat pada hari Nisfu Syaaban (15 Syaaban).

Bagi mereka yang biasa berpuasa sunat sebelumnya, mereka boleh meneruskan amalan ini sehingga akhir bulan Syaaban.

Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak biasa berpuasa sunat, tidak digalakkan untuk melakukannya selepas pertengahan Syaaban.

Hikmah di sebalik larangan berpuasa selepas pertengahan Syaaban adalah untuk memberi persediaan kepada umat Islam menjelang bulan Ramadan. Pada bulan yang penuh barakah itu, setiap Muslim yang mukalaf diwajibkan untuk berpuasa sebulan penuh.

Oleh itu, larangan berpuasa selepas pertengahan Syaaban adalah untuk memastikan bahawa umat Islam bersedia sepenuhnya untuk menjalani ibadah puasa yang diwajibkan dalam bulan Ramadan.

Dengan memahami peraturan dan hikmah di sebalik larangan berpuasa selepas pertengahan Syaaban, umat Islam dapat mempersiapkan diri dengan lebih baik untuk menyambut bulan Ramadan dengan penuh keinsafan dan kesedaran.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Bulan PuasaNisfu Syaaban
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara