Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Umie Aida Titip Ucapan Istimewa Sempena Perkahwinan Erra Fazira & Ezwan-“Berkat Hari Jumaat..”

by Naddy Joe
December 12, 2025
41
KONGSIAN
Share on Facebook

Umum mengetahui, Primadona terkenal, Erra Fazira telah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamad Ezwan Mohamad Zain dengan sekali lafaz, pagi tadi.

Pelakon, Datin Seri Umie Aida dilihat membuat perkongsian di media sosial dengan menitipkan doa sempena perkahwinan sahabatnya itu di hari Jumaat yang penuh berkah.

“Bismillahirrahmanirrahim. Berkat hari Jumaat yang penuh berkah. Tahniah Fazira & Ezwan.

Alhamdulillah, tahniah Erra. Semoga rumah tangga sakinah, mawaddah, warahmah. Aamin.”-tulis Umie buat Erra di Instagram dan TikTok

“Kemaafan Dendam Itu Adalah Terindah..”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur melihat Erra dan Umie kembali bersahabat, malah ramai yang mendoakan agar silaturahim mereka berdua kekal berpanjangan.

“Betul ke diorang dah berbaik? Allahuakbar syukur Alhamdulillah.”

“Elakkan la komen tanya pasal kisah silam diorang berdua. Umie post ucapan tahniah ni siap up gambar berdua lagi maksudnya dia support sahabat dia sepenuh hati. Doa yang baik-baik sahaja. Buka komen je dah penuh dok tanya diorang dah baik ke tak.”

“Alhamdulillah saya suka tengok keakraban Umie-Erra bertaut kembali.”

“Sampai hari ni tak tahu punca gaduh sebab apa kan.”

“Buang yang keruh, ambil yang jernih. Dunia hanya sementara. Dua-dua artis yang hebat dan disayangi ramai.”

“Manusia tak sempurna, Hidup tak lama, kemaafan dendam itu adalah terindah.”

Sekadar info, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.

Erra kemudian berkahwin buat kali kedua bersama usahawan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada 18 Februari 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun.

Dr Fie 'First Time' Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

Sama-sama kita doakan agar persahabatan Umie dan Erra terus baik dan berkekalan hingga ke Jannah.

Apa komen anda?

erra faziraUmie Aida
https://lomp.at/wpdin
Share16Tweet10SendShare

KINI TRENDING

Berita

“Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia…”-Sharifah Zarina Syukur Suami Orang Telah Henti Ganggu Athalia

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sharifah Zarina terdahulu pernah meluahkan rasa berang apabila anak perempuannya, Athalia diganggu seorang lelaki yang berstatus suami orang.  Kongsi...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

“Kenapa KA Tak Buat Food Lift, Jimat Kos?”- Khairul Aming Kongsi Alasannya

by Nurul A.
January 26, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming menjadi perhatian ramai selepas memuat naik tangkap layar beberapa individu yang mempersoalkan kaedah penghantaran makanan...

Read moreDetails
Foto - @iqbaljamalulleil (IG)
Lokal

Kongsi Da’i Syed Sudah Bertaubat, Adik Tampil Mohon Maaf

by Nurul A.
January 26, 2026

Penyanyi Syed Iqbal Jamalulleil, iaitu adik kepada pendakwah bebas selebriti Da'i Syed baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka selepas...

Read moreDetails
Lokal

Atiq Azman Bersyukur Isteri Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Atiq Azman berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Isnin. Atiq Azman menerusi hantaran di...

Read moreDetails
Spotlight

“Saya Ingatkan Orang Malaysia Dah Educate”- Waheeda Simpati Dengan Siti Nurhaliza

by Phic ARMAN
March 2, 2026

Nama penyanyi dan penceramah bebas, Waheeda, kembali jadi sebutan apabila kenyataannya mengenai isu telekung dan aurat tular di media sosial....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara