Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[UNBOXING] Buka Kotak Samsung Galaxy S24+ Amber Yellow, Nah.. Ini Yang Anda Dapat!

by Phic ARMAN
January 22, 2024
Share on Facebook

Pertempuran sengit dalam dunia telefon pintar terus berkembang, dan Samsung, sebagai salah satu peneraju industri, telah kembali dengan tawaran terbaharunya, Samsung Galaxy S24 Plus.

Dengan pandangan pertama, kita boleh memikirkan sama ada peranti ini berjaya memenuhi jangkaan pengguna yang semakin tinggi atau tidak.

Apabila kami membuka kotak Galaxy S24+, kami disambut dengan reka bentuk yang mewah dan mengagumkan. Samsung kekal dengan pendekatan reka bentuk yang elegan, dengan bezel nipis, dan bahan premium yang memberikan sentuhan kukuh.

Walaupun sudah biasa, reka bentuk ini tetap menarik perhatian dan memberikan rasa selesa apabila dipegang.

Buka Kotak Samsung Galaxy S24+ Amber Yellow

Galaxy S24+ didatangkan dalam empat varian warna. MURAI MY berkesempatan memegang varian Amber Yellow, nampak mewah sekali. Berikut ialah unboxing.

Ketika membuka kotaknya, kami terus disambut dengan unit Galaxy S24+ dengan varian warna Amber Yellow.

Samsung bukan sahaja menyediakan telefon canggihnya, tetapi juga termasuk kad jaminan dan buku panduan. Pin Pelepas SIM dalam Bentuk Pletrum Kecil juga di dapati dalam setiap kotak jualan.

Material yang digunakan untuk bodi Galaxy S24+ masih sama seperti pendahulunya iaitu Armour Aluminium. Telefon ini juga dilengkapi Gorilla Glass Victus 2, sama seperti Galaxy S23+.

Di sebelah kanan badan anda boleh menemui butang kuasa dan tetapan kelantangan suara

Manakala di bahagian bawah pula terdapat port USB-C, pembesar suara dan  kad SIM tray.

Galaxy S24+ memiliki tiga kamera belakang, terdiri daripada lensa utama 50MP (f/1.8 dengan OIS), kamera ultra lebar 12MP (f/2.2 dengan 120 darjah FOV), dan lensa telefoto 10MP (f/2.4 dengan zum optik 3x). Kamera hadapan menggunakan kamera resolusi 12MP (f/2.2). Malah, ini tidak jauh dari generasi sebelumnya atau Galaxy S23.

[REVIEW] Samsung Galaxy Z Flip7: Worth It Ke Untuk 2025?

Saiz skrin Galaxy S24+ ialah 6.7 inci. Ia jenis skrin yang sama iaitu Dynamic AMOLED 2X dan mempunyai kadar segar semula 1-120Hz. Untuk siri Galaxy S24+ mempunyai resolusi skrin QHD+, di mana siri standard masih menggunakan Full HD+.

Galaxy S24+ sedikit lebih besar dan berat dari Galaxy S24 iaitu 75.9 x 158.5 x 7.7 mm dan seberat 197 gram. Beberapa warna yang boleh dipilih daripada kedua-duanya termasuk Amber Yellow, Marble Grey, Onyx Black, dan Cobalt Violet.

Kecerdasan Buatan (AI)

Perkara penting yang menarik perhatian Galaxy S24+ ialah ciri kecerdasan buatan (AI) untuk menyokong aktiviti pengguna. Galaxy S24+ untuk pasaran Malaysia menggunakan pemproses Exynos 2400 untuk Galaxy sama seperti Galaxy S24 yang lebih kecil.

Bateri juga mendapat peningkatan,  Galaxy S24+ ini tersedia dengan bateri sebesar  4,900mAH dengan pengecasan berwayar 45W pantas.

Nantikan ulasan penuh kami! Sementara itu, Galaxy S24+ masih dalam prapesanan di Malaysia dan anda boleh melihat kedai dalam talian rasmi Samsung di sini untuk butiran lanjut.

​

Galaxy S24+samsung
https://lomp.at/2aquk
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
LifeXplore

Harga VS Fungsi MatePad 12 X 2026: Mana Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli

by Phic ARMAN
January 11, 2026

Zaman sekarang, hidup kita penuh dengan tugasan, idea, dan notifikasi, kelas, kerja, assignment, content, semua nak kena buat serentak. Kadang...

Read moreDetails
Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Ini Sebab Kenapa Apple Kecundang Di China, Huawei Pula Bangkit Jadi No.1

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Lima tahun lalu, ramai ingat era kegemilangan HUAWEI sudah berakhir. Sekatan, kekangan, dan persaingan sengit menyebabkan gergasi teknologi dari China...

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara