Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[UNBOXING] Samsung Galaxy A54 5G Awesome Black Yang Sangat Premium

by Phic ARMAN
April 13, 2023
Share on Facebook

Samsung secara rasminya telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbarunya daripada Siri A, iaitu Galaxy A34 5G dan Galaxy A54 5G. Antara yang menarik tentang telefon bimbit ini ialah reka bentuknya yang diinspirasikan daripada telefon bimbit kelas flagship-nya iaitu Siri Galaxy S23.

Samsung Galaxy A54 5G didatangkan dalam empat varian warna, salah satunya ialah Awesome Black. Penampilan telefon bimbit berharga RM1,899 ini sangat elegan. Jom tengok apa yang menarik ketika di ‘Unboxing’.

Ini ialah kotak pembungkusan untuk Samsung Galaxy A54 5G.

Selain unit Galaxy A54 5G, dalam kotak pembungkusan terdapat kabel data USB Type C, penyuntik kad SIM, buku manual dan kad waranti.

Inilah Galaxy A54 5G Awesome Black

Bahagian belakang menggunakan bahan kaca yang dilindungi oleh Gorilla Glass 5.

Di bahagian atas terdapat slot Kad SIM dan mikrofon.

Di bahagian bawah terdapat pembesar suara, port USB Type C dan mikrofon.

Bahagian kanan Galaxy A54 5G mempunyai butang kuasa dan tetapan kelantangan.

Galaxy A54 menawarkan skrin 6.4 inci Full HD+ Super AMOLED dengan refresh rate 120Hz. Supaya skrin boleh dilihat dengan jelas di bawah terik matahari, Samsung menyediakan sokongan untuk tahap kecerahan sehingga 1,000 nits dan ciri Vision Booster supaya ia kekal jelas apabila digunakan di bawah sinar matahari.

Galaxy A54 menggunakan punch hole yang menjadi tempat kepada kamera swafoto 32 MP

Di bahagian belakang dihiasi dengan tiga kamera. Komposisinya terdiri daripada kamera utama 50 MP ditambah dengan lensa ultra lebar 12 MP dan lensa makro 5 MP.

Samsung A54 dilengkapi dengan OIS dan penstabilan imej digital video (VDIS). Kedua-dua ciri ini bukan sahaja dapat menstabilkan rakaman video, tetapi juga memaksimumkan ciri Nightography. Terima kasih kepada AI, buat pertama kali dalam siri Galaxy A, pengguna kini boleh juga mengalih keluar bayang-bayang dan pantulan yang tidak diingini.

Perbandingan Galaxy S26 Ultra & iPhone 17 Pro Yang Buat Ramai Fikir Dua Kali. Jadi Mana Juara?

Terdapat dua pilihan untuk memori dalaman iaitu 128GB dan 256GB. Samsung A54 masih mempunyai slot microSD untuk mengembangkan ruang storan sehingga 1 TB.

Nantikan ‘review’ penuh Galaxy A54 5G dari MURAI di artikel seterusnya.

galaxy A54samsungSamsung Galaxy A54
https://lomp.at/x7b49
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
LifeXplore

HUAWEI Mate X7 Rasmi di Malaysia, Telefon Lipat Premium Yang Lebih Praktikal

by Naja Nix
January 21, 2026

Semalam HUAWEI secara rasmi memperkenalkan HUAWEI Mate X7 di Malaysia, sekaligus menetapkan penanda aras baharu dalam kategori telefon pintar boleh...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

  5. 5

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara