Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

UNIQLO Perkukuh Komitmen Alam Sekitar Dengan Menyumbang RM200,000 Kepada Pusat Alam Sekitar Global

by Naddy Joe
July 18, 2025
Share on Facebook

Peruncit pakaian global, UNIQLO mengukuhkan komitmennya terhadap pemuliharaan alam sekitar dengan sumbangan sebanyak RM200,000 kepada Pusat Alam Sekitar (GEC) untuk menyokong usaha pemulihan bakau di Malaysia.

Ini menandakan tahun ketiga berturut-turut UNIQLO menyalurkan hasilkan daripada caj beg kertas beli belah untuk inisiatif pemuliharaan alam sekitar, menugukuhkan komitmen jangka panjangnya untuk melindungi ekosistem semula jadi.

Dengan kolaborasi GEC, sumbangan ini akan membiayai perlindungan pantai di Mersing, Johor, melalui pemasangan pemecah ombak untuk meningkatkan ketahanan pantai, serta pemulihan satu hektar hutan bakau yang terdegradasi di Kampung Tenglu Laut. Projek ini akan mengurangkan risio banjir dan hakisan, terutamanya semasa musim Monsun Pantai Timur, di mana kawasan ini terdedah kepada ombak kuat.

Sumbangan ini akan menyokong pelbagai aktiviti, termasuklah penyediaan tapak, pembinaan pemecah ombak sepanjang 100 meter untuk mengukuhkan perlindungan pantai, penanaman pokok bakau untuk memulihkan satu hektar hutan yang merosot, penyelenggaraan, pemantauan, dan inisiatif penglibatan komuniti untuk memastikan kejayaan jangka panjang projek pemulihan.

Tindakan komuniti akan melibatkan mobilisasi ahli komuniti untuk membina pemecah ombak, menubuhkan nurseri bakau komuniti, serta menanam dan menyelenggara anak benih bakau. Projek ini juga akan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara hutan pantai dan bakau untuk melindungi komuniti daripada ribut dan perubahan iklim.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-15 UNIQLO di Malaysia, satu pencapaian yang menonjolkan komitmen jangka panjangnya terhadap inovasi mampan dan impak tempatan. Daripada melindungi alam sekitar kepada meningkatkan kesejahteraan komuniti, UNIQLO terus mengintegrasikan kemampanan dan tanggungjawab sosial ke dalam perniagaannya di Malaysia.

Sejak 2020, UNIQLO telah memperkenalkan beg kertas yang dituai secara bertanggungjawab, disahkan oleh Forest Stewardship Council (FSC). Caj RM0.30 untuk beg kertas di kedai-kedai adalah sebahagian daripada usaha UNIQLO yang lebih luas untuk mengurangkan penggunaan bahan plastik sekali guna dan menggalakkan tingkah laku membeli belah yang menyedari dengan alam sekitar. Pelanggan juga digalakkan untuk membawa beg yang boleh diguna semula ketika membeli belah di UNIQLO untuk menyumbang masa depan yang lebih hijau.

UNIQLO Perkenal Koleksi 2025 Spring/ Summer Sport Utility Wear
Uniqlouniqlo malaysia
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem