Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Uqasha Dedah Tarikh Nikah Dimanipulasi – “Aku Dinikahkan 5 November, Tapi Dalam Sijil 4 November!”

by Puteri Alia
October 22, 2025
Share on Facebook

Drama rumah tangga antara pelakon popular Uqasha Senrose dan Kamal Adli nampaknya masih belum menemui noktah apabila aktres berusia 33 tahun itu mendakwa tarikh pernikahannya telah dimanipulasi oleh pihak tertentu. Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen menzahirkan rasa terkejut selepas mendapati terdapat perbezaan tarikh dalam sijil nikah berbanding dengan tarikh sebenar majlis akad nikahnya berlangsung.

Menurut Uqasha, dia yakin dan sedar bahawa dirinya dinikahkan pada 5 November 2021 sekitar pukul 9 pagi, namun terkejut apabila mendapati sijil nikah rasmi mencatatkan tarikh 4 November 2021, jam 9.30 malam. Katanya, perkara itu menimbulkan persoalan besar terhadap kesahihan pernikahannya.

“Allah Maha Besar, masya-Allah satu lagi permasalahan. Aku dinikahkan dan diakad atas pengetahuan aku pada 5 November 2021 pukul 9 pagi. Tapi di sijil nikah aku dinyatakan 4 November 2021 pada pukul 9.30 malam. Allahuakhbar, adakah sah perkahwinan ini?” tulisnya dalam hantaran di Instagram yang kini tular.

Lebih mengejutkan, Uqasha mendakwa dirinya serta keluarganya telah diperdaya oleh Kamal dan ahli keluarga lelaki itu berhubung tarikh sebenar pernikahan. “Selama ini aku diperbodohkan seluruh keluarganya dan bapa saya dimanipulasikan si dia serta keluarganya untuk kata sah sebab dah ada wali,” luahnya dengan nada kecewa.

Dalam hantaran yang sama, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu turut memohon pandangan daripada mereka yang arif dalam bidang agama untuk mendapatkan kepastian tentang status pernikahannya.

“Tanpa pengetahuan bakal isteri? Sah ke? Cukup ke syarat sah kahwin? Ustaz dan ustazah mohon tolong saya,” katanya lagi.

Kekeliruan itu berlaku dalam suasana tegang apabila Uqasha dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini bagi menghadiri prosiding pertama kes perceraian dengan Kamal. Difahamkan, Kamal tidak hadir ke mahkamah atas alasan sedang menjalani penggambaran, manakala mahkamah menetapkan tarikh 28 Oktober ini bagi prosiding kedua.

Isu Tarikh Nikah Uqasha Dan Kamal Adli , Ustaz Wan Halim Jelaskan Sah Jika Cukup Rukun

Sebelum ini, pasangan selebriti itu sudah menjadi perhatian ramai sejak April lalu apabila tersebar spekulasi mengatakan rumah tangga mereka berada di ambang kehancuran. Walaupun sebelum ini masing-masing memilih untuk berdiam diri, pendedahan terbaru Uqasha mengenai tarikh nikah yang berbeza seakan mengesahkan khabar angin bahawa hubungan mereka benar-benar bergolak.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal bernikah pada 5 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat dan rakan selebriti. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan. Namun, dengan pendedahan mengejutkan ini, masa depan rumah tangga pasangan popular itu kini menjadi tanda tanya besar di mata peminat.

kamal adliuqasha senrose
https://lomp.at/sq858
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @lufyalaana (IG)
Lokal

“Jangan Pukul Rata Kesalahan Jenayah Orang Lain Terhadap Kami”- Lufya Omar

by Nurul A.
January 29, 2026

Hantaran Instagram Lufya Omar mencuri perhatian apabila pelakon itu meluahkan rasa kecewanya selepas menerima pelbagai komen yang mendakwa kumpulan usrahnya...

Read moreDetails
Spotlight

Makan Dalam! Izara Aishah Bersuara Isu Konsert Siti Nurhaliza Dianggap ‘Boring’

by Zaidin Albert
January 14, 2026

Isu “boring concert” tiba-tiba menjadi buah mulut netizen selepas posting Izara Aishah di Threads menarik perhatian ramai. Dalam posting itu,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

by Naddy Joe
January 20, 2026

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang melakukan 'cover' sebuah...

Read moreDetails
Lokal

Ezzanie Jasny Kongsi Keadaan Terkini Selepas Terlibat Kemalangan Dengan Ibu Bapanya-“Saya Alami Pendarahan..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Pelakon, Ezzanie Jasny tampil menceritakan keadaannya yang sebelum ini mengalami kemalangan jalan raya bersama ibu bapanya pada Ahad. Dirawat Di...

Read moreDetails
Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara