Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Uqasha Senrose Kekal Dingin, Kamal Adli Masih Enggan Mengalah Pertahankan Rumah Tangga

by Puteri Alia
October 30, 2025
Share on Facebook

Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa terharu apabila melihat kesungguhan orang ramai membantunya memujuk isteri tercinta, Uqasha Senrose, dengan menitipkan kata-kata manis di media sosial sejak semalam. Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, menyifatkan tindakan netizen itu sebagai sesuatu yang menyentuh hati dan menggambarkan sifat baik hati masyarakat yang prihatin terhadap hubungan mereka.

“Netizen, kalian memang ‘sweet’. Kalau jumpa di mana-mana, kita swafoto ya,” katanya ringkas menerusi InstaStory hari ini. Sejak semalam, ruangan komen di media sosial milik Uqasha dibanjiri dengan ucapan dan pesanan positif daripada netizen yang mewakili Kamal menyampaikan rasa rindu terhadap isterinya.

Gelombang sokongan itu tercetus selepas Kamal sendiri memohon bantuan orang ramai untuk menenangkan hati Uqasha selepas prosiding sebutan permohonan cerai mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam. Dalam satu hantaran sebelum ini, Kamal secara terbuka meminta agar peminat menulis komen di laman Instagram Uqasha dengan mesej berbunyi “Kamal sayangkan awak”, sebagai tanda usaha memujuk dan menunjukkan kasih sayangnya.

Permohonan cerai itu difailkan oleh Uqasha pada 1 Oktober lalu di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 atas alasan tiada persefahaman antara pasangan. Prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober lalu, dan mahkamah menetapkan 19 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kamal ketika ditemui di mahkamah semalam menjelaskan bahawa dia masih mahu berusaha mempertahankan rumah tangga mereka dan menafikan dakwaan mengasari isteri mahupun berlaku curang. Katanya, dia percaya setiap hubungan pasti berdepan ujian dan akan terus berikhtiar demi masa depan keluarga kecil mereka.

Untuk rekod, pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis perkahwinan yang diadakan di Janda Baik, Pahang. Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.

"Kamal Masih Sayang Uqasha” – Ruang Komen Dibanjiri Wakil Cinta Netizen Usaha Pujuk Uqasha Senrose
uqasha
https://lomp.at/4vdg6
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

“Bila Kita Terburu-Buru Untuk Berkata Dengan Perasaan Marah…”-Mia Sara

by Naddy Joe
February 19, 2026

Pelakon, Mia Sara mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memberikan kenyataan yang melibatkan kemelut dirinya bersama pelakon, Puteri Balqis. Mia Sara...

Read moreDetails
Lokal

Dua Legasi, Satu Rantaian Kasih HABIB & Datuk Sri Siti Nurhaliza

by Naddy Joe
March 1, 2026

HABIB, jenama barangan kemas yang telah menjadi sebahagian daripada detik bermakna rakyat Malaysia sejak lebih enam dekad, dengan bangganya menampilkan...

Read moreDetails
Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Penyanyi, Wani Kayrie membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Rukiah Kalapukong dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai hadiah hari lahir,...

Read moreDetails
Foto - @wafarienaroslan (IG)
Lokal

Pinggul Wafariena Roslan Jadi Perhatian- “Saya Suka Macam Kim K”

by Nurul A.
March 12, 2026

Baru-baru ini nama pelakon Wafariena Roslan menjadi bualan ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa dia telah melakukan pembedahan kosmetik bagi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara