Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Uqasha Senrose Korbankan Tidur Demi Anak Sakit, Kelibat Kamal Adli Pula Tidak Kelihatan

by Puteri Alia
October 20, 2025
Share on Facebook

Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan dirinya terpaksa mengorbankan waktu tidur sejak beberapa hari lalu apabila anak perempuannya, Hawra Uqaira, mengalami batuk berpanjangan. Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, berkata dia kini kerap berjaga pada waktu malam bagi memantau keadaan anaknya sebelum ke set penggambaran awal pagi keesokan harinya.

“Tidak mengapa sayang, saya tahu awak tak sihat. Sudah beri Uqaira ubat lagi dan sekarang ibu boleh tidur sebentar sebelum bangun pada pukul lima pagi untuk pergi kerja pukul tujuh pagi. Ibu nak Uqaira cepat sembuh okey dan kita boleh dapatkan tidur yang cukup,” tulisnya dalam hantaran di Instagram hari ini.

Walaupun berdepan keletihan, Uqasha tidak menganggap berjaga malam sebagai beban kerana sudah terbiasa dengan rutin tersebut sejak melahirkan anak sulungnya itu. Isteri kepada pelakon Kamal Adli itu turut memanjatkan doa agar kesihatan Uqaira segera pulih.

“Nasib ibu sudah hari-hari berjaga malam masa sejak awak baru lahir, Alhamdulillah. Tiga hari kita sama-sama tidak dapat tidur malam. Uqaira batuk teruk dan ibu pun demam. Anak ibu kuat dan saya pun kena kuat untuk awak. Saya boleh lakukannya, sudah empat hari ibu tak tidur, terus mandi pergi kerja,” ujarnya.

Namun, dalam beberapa video yang dimuat naik pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa itu, kelibat suaminya, Kamal Adli, tidak kelihatan, sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Sebelum ini, Uqasha pernah menjadi perhatian apabila tampil secara langsung di media sosial berkongsi mengenai tekanan emosi dan keletihan yang dialaminya akibat ‘burn out’ menjaga anak sambil bekerja. Dalam masa yang sama, warganet turut menyedari pasangan selebriti itu sudah tidak lagi saling mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Kamal Adli Tak Lupa Sebut Nama Uqasha Senrose Untuk Kejut Sahur- "Lawak Tapi Kesian"

Menurut Uqasha, keluarganya terutama ibu dan adiknya, pelakon Nelydia Senrose, banyak membantu menjaga anaknya ketika dia sibuk di lokasi penggambaran.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, pada April tahun lalu.

kamal adliuqasha senrose
https://lomp.at/l4gjb
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @sashaabdulaziz (IG)
Lokal

[VIDEO] Kongsi Rawatan Bahagian Intim, Hantaran Sasha Abdul Aziz Buat Ramai ‘Triggered’

by Nurul A.
January 21, 2026

Tak habis-habis cetuskan kontroversi. Kali ini nama usahawan dan pempengaruh media sosial, Sasha Abdul Aziz menjadi bualan ramai selepas berkongsi...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Terkejut Ramai Netizen Meminta-Minta Wang Di Media Sosial-“Saya Dulu Dari Keluarga Susah Jugak..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal , Datuk Alha Alfa akui merasa terkejut apabila ramai netizen yang meminta-minta wang daripadanya di...

Read moreDetails
Foto - Beautifulnara
Lokal

Tarik Balik Tuntutan Cerai, Nora Ariffin Letak Syarat Kepada Suami

by Nurul A.
January 27, 2026

Nama penyanyi Datuk Nora Ariffin sekali lagi menjadi bualan ramai selepas membuat keputusan untuk menarik balik tuntutan permohonan cerai terhadap...

Read moreDetails
Lokal

‘Segala Bulan Islam Diratibnya’- Peminat Luah Pedih, Siti Nurhaliza Balas Dengan Lembut

by Phic ARMAN
January 26, 2026

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi bualan hangat,  tetapi bukan kerana salah apa pun. Seperti biasa, Siti...

Read moreDetails
Lokal

Intan Najuwa Diganggu Selama Berbulan-Bulan Oleh Seorang Lelaki, Tampil Buat Laporan Polis!

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sering diganggu sehingga pernah membuat panggilan di pejabat Polo Club, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara