Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Faizal Tahir Sedih Dengan Umat Islam Yang Biadab Dengan Ustaz Asrie

by Puteri Alia
August 3, 2021
Foto - Instagram @faizal_tahir

Foto - Instagram @faizal_tahir

Share on Facebook

Tular di media sosial penyanyi dan komposer Faizal Tahir berkongsi beberapa foto tangkap layar di Instagramnya hari ini, yang menunjukan ramai orang Islam sukar menerima Pandangan dari kalangan ustaz terhadap isu yang melibatkan soal agama.

Warganet Sukar Terima Pandangan Ustaz Asrie

Menerusi tangkap layar yang dimuatnaik oleh Faizal Tahir di Instagram ini, menunjukan teguran Ustaz Asrie Sobri mengenai pakaian atlet sukan yang separuh bogel ditayangkan di media.

“Atas nama sukan & perjuangan untuk negara ‘kononya’, gambar-gambar wanita separuh bogle (mungkin juga 2/3 bogel) ditayangkan dengan meluas di media arus perdana. Normalisasi budaya lucah???” tulis Ustaz Asrie

Foto – Instagram @faizal_tahir

Pandangan yang dikongsikan di laman Twitter itu tidak mendapat respond positif warganet dan rata-rata ramai pengguna media sosial mengecam dan mengkritik pandangan yang dikongsikan oleh Ustaz Asrie.

“Tiada siapa yang paksa hang tengok. Semua terpulang pada kesukaan masing-masing. Kalau suka acara lawan unta, pergilah tengok. Tak ada orang halang aih” ciap pengguna pertama

“Habis itu dia nak lompat dengan baju kurung dan tudung bawal ke babi” ciap pengguna kedua

“Tengok muka dia pun dah tahu jenis sangap 24/7 kot” ciap pengguna ketiga

Faizal Tahir Sedih Dengan Umat Islam

Melihat komen-komen yang tidak beradab, menghina dan mengkritik terhadap pandangan yang diberikan oleh Ustaz Asrie itu membuatkan Faizal Tahir berasa sedih dengan umat Islam.

Foto – Instagram @faizal_tahir

“Sekarang barulah saya tahu kenapa Nabi Muhammad SAW menangis untuk ummatnya, apabila baginda sudah tiada kelak. Saya juga menangis melihat apa yang sedang berlaku pada ummat kita sekarang ini.

Yang bergaduh, yang menjadi batu api, yang suka tengok orang bergaduh, yang bangga menayang aib sendiri, yang memperlekehkan dan mempersendaka agama, hadith, sunnah, al-Quran, dan hukum Allah.

Astaghfirullahaladziim. Lebih-lebih lagi dengan pengetahuan saya tak mampu nak buat lebih-lebih, kerana saya juga banyak kekurangan dan kelemahan.

Tiada siapa yang sempurna, tapi kalau nak tunggu orang yang sempurna di kalangan kita untuk kita terima teguran dan nasihatanya memang tak akan bau syurgalah kita.” Tulis Faizal

Hilangnya Sensitiviti Suatu Yang Diharamkan Agama

Membaca komen negatif dan berbaur kecaman terhadap teguran dan pandangan yang diberikan Ustaz Asrie di media sosial, Faizal Tahir menyatakan bahawa orang ramai khusus yang beragama Islam semakin hilang sensitiviti terhadap sesuatu yang diharamkan agama Islam.

Foto – Instagram @faizal_tahir

“Hilangnya ajaran Islam bukan kerana hilangnya jubah dan tudung tetapi hilangnya sensitiviti, kepada sesuatu yang agama haramkan dinormalisasikan manakala yang halal pula disukarkan.

Hilangnya ajaran Islamadab dan akhlak yang Islam ajarkan kepada kita, yang menyebabkan runtuhnya moral.

Bagaimana teguran Ustaz Asrie Sobri itu sepatutnya disokong oleh mereka yang mengaku Muslim, tetapi sebaliknya berlaku.” Tulisnya

Faizal Tahir Hampa Warganet ‘Body Shaming’ Ustaz Asrie

Sudahlah ramai yang sukar menerima teguran berkaitan aurat dan pakaian atlet sukan wanita, malah orang ramai mula menghina wajah dan bentuk badan Ustaz Asrie di media sosial.

“Atas nama dakwah untuk segala umat ‘kononnya’, gambar insan yang buruk ini (mungkin juga amat buruk) ditayangkan dengan meluas di media arus perdana. Normalisasikan budaya hodoh???” ciap pengguna Twitter

Foto – Instagram @faizal_tahir

“Kalau tidak setuju itu sudah dikira kronik, tetapi ‘body shaming’ ustaz dan serangan-serangan yang lain?

Saya bersangka baik, ramai diantara mereka ini tidak pernah mendengar hadis Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam; “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat, maka berkata baik ataupun diam.”

Bahaya bukan bila diri kita jahil tetapi apabila kita merasakan kita pandai, walaupun hakikatnya kita jahil. Semoga Allah kurniakan ketaqwaan buat kita semua” tulisnya lagi

Bersangka baiklah dan cuba menerima teguran dan nasihat ahli ulama dengan hati terbuka, tetapi jika sukar untuk menerimanya sebaik-baiknya berdiam diri itu lebih bagus dari mengeluarkan kata-kata negatif atau menghina.

Akhir Zamanfaizal tahir
https://lomp.at/zkcl8
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Pilu Tonton ‘Podcast’ Puteri Balqis & Ibunya-“Maruah Seorang Wanita & Ibu Telah Dipijak-Pijak..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pelakon, Mimi Lana tampil bersuara terhadap pengalaman hitam yang terpaksa dilalui oleh ibu kepada pelakon Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd...

Read moreDetails
Lokal

Chot Dihencap Netizen, Nur Fazura Beri Amaran- “Hati-Hati Jangan Sampai Makan Diri Pula”

by Nurul A.
March 11, 2026

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura kembali mencuri perhatian ramai selepas tampil mempertahankan rakan baiknya, seorang lelaki yang dikenali dengan nama...

Read moreDetails
Lokal

Dua Legasi, Satu Rantaian Kasih HABIB & Datuk Sri Siti Nurhaliza

by Naddy Joe
March 1, 2026

HABIB, jenama barangan kemas yang telah menjadi sebahagian daripada detik bermakna rakyat Malaysia sejak lebih enam dekad, dengan bangganya menampilkan...

Read moreDetails
Berita

Zara Zya Nafi Ada Hubungan Peribadi Dengan Usahawan, Peminat Lega!-“Pusing-Pusing Dulu Sis..”

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Zara Zya menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi dengan bekas tunang kepada pelakon, Zarina Anjoulie iaitu usahawan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara