Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘Selama Ini Kita Sokong Ustaz’- Caprice Kecewa Ustaz Ebit Lew ‘Block’ Akaun IG-nya

by Zaidin Albert
July 16, 2021
Share on Facebook

Nampaknya isu tegur-menegur antara pendakwah bebas Caprice dan Ustaz Ebit Lew menjadi perhatian netizen di sosial media. Hal ini bermula selepas Caprice cuba membongkar isi hati penduduk Gaza selama ini.

Difahamkan penduduk Gaza terkilan dengan sikap segelintir orang Malaysia dengan imej ‘alim’ yang memperalatkan kemiskinan mereka untuk meraih simpati. Caprice juga memberitahu, penduduk Gaza mengadu sumbangan tidak sampai kepada mereka padahal tabung banyak dibuka.

“Isu orang berkopiah  masuk Gaza bukan tuju kepada satu orang sahaja. Tapi sudah lama orang Gaza marah bila ramai orang yang nampak alim saja menggunakan gambar-gambar Gaza untuk buka tabung.

Korang research lah sendiri banyak kes viral di Malaysia tentang ada sumbangan yang tidak sampai dekat Gaza.”- tulisnya.

Menurut Caprice, penduduk Gaza sudah lama memendamkan perasaan ini namun tidak tahu untuk meluahkannya.

“Orang Gaza sudah lama tahu benda ini tapi tiada siapa bongkar rahsia ini atas ada platform besar untuk beri 1 Malaysia sedar”.-kata Caprice.

Tegur Ustaz Ebit Lew

Dalam pada itu, Caprice juga menegur Ustaz Ebit Lew mengenai isu gambar memberikan hadiah berupa alat permainan kepada kanak-kanak miskin di Gaza.

Caprice berkata, penduduk Gaza kecoh apabila pemberian mainan kepada kanak-kanak di Gaza umpama sesi fotografi atau photoshoot. Malah penduduk Gaza sedih kerana maruah anak-anak miskin tidak dijaga.

“Caprice adalah nombor satu penyokong Ustaz selama ini. Pasal mainan itu kecoh selepas orang Gaza soal Caprice pasal gambar tersebut”

“Budak miskin yang sama, terima mainan yang sama  tapi kena pose untuk kamera dua kali. Orang Gaza soal kenapa nampak macam ‘Photoshoot’? Dah lah selama ini diorang tahu ada banyak kes benda macam ini berlaku”

“Dan maruah budak miskin ini tidak dijaga”

Tambahnya lagi, dia telah pun menegur Ustaz Ebit Lew secara peribadi melalui mesej di Whatsapp. Kemudian Caprice memberitahu, akaun Instagramnya telah diblock atau disekat oleh Ustaz Ebit Lew.

"Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut"- Asyraf Khalid

“Kita tegur idola kita secara peribadi dulu minta tolong. Sebab yang kena hadam, apa yang sedang berlaku di Gaza adalah Caprice. Dia sudah balik”

“Akhirnya, Caprice kena Block. Kita rasa sedih. Sakit Hati. Dan Malu. Ini ke idola Caprice selama ini. Bukan ke Islam ajar kita untuk minta maaf dan maafkan orang?”

“Padahal benda kecil je. Tapi tak sangka sampai jadi macam ini. Selama ini kita sokong dan backup Ustaz di sosial media. Caprice tegur secara peribadi dulu pasal apa orang Gaza kongsi dekat Caprice. Last-last kena block.”- tulisnya.

Terdahulu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkesempatan untuk bertemu dengan Ustaz Ebit Lew di Gaza pada 1 Julai lalu. Pertemuan telah meraih perhatian rakyat Malaysia kerana kedua-duanya mempunyai misi dan matlamat yang sama untuk membantuk penduduk Gaza.

capriceUstaz Ebit Lew
https://lomp.at/35jfo
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Uqasha Senrose Mohon Pihak Terlibat Henti Laga & Sebar Fitnah Isu Kamal Adli Sudah Lama Tak Jumpa Anak

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon, Uqasha Senrose tampil menitipkan pesanan kepada pihak terlibat untuk tidak melaga-lagakan dirinya bersama bekas suami yang juga pelakon, Kamal...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Penampilan Isteri Prince Syed Ketika Berniaga Cetus Kritikan Netizen-“Terus Pakai Inner..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed mengundang kritikan netizen selepas berkongsi momen isterinya, Fatin Syazwani sedang berniaga, baru-baru ini....

Read moreDetails
Spotlight

Pesan Yang Jadi Kenyataan… Isteri Tak Lupa Kata-Kata Terakhir Along Eyzendy

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang MURAI rasakan saat membaca perkongsian balu kepada pelakon Allahyarham Along...

Read moreDetails
Lokal

Nurin Afiqah Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon baharu dan personaliti media sosial, Nurin Afiqah berkongsi khabar gembira apabila dia selamat menimang cahaya mata kedua. Nurin menerusi...

Read moreDetails
Insentif

Biasiswa Anak eKasih Diperkenalkan, 10,000 Pelajar IPTA Bakal Terima Manfaat

by Ayu Kamaruddin
March 12, 2026

Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi terus komited memperluaskan akses pendidikan kepada golongan memerlukan dengan memperkenalkan Biasiswa Anak eKasih. Inisiatif baharu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara