Wednesday, August 6, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Ustaz Ebit Lew Hantar Gambar Lucah, Saksi Kemukakan Bukti 436 Gambar, 4 Video & 219 ‘Screenshots’ Dalam Telefon

by Puteri Alia
May 11, 2023
475
KONGSIAN
Share on Facebook

Lanjutan bicara berkenaan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew kembali hangat apabila menurut laporan kes, saksi ketujuh perbicaraan memaklumkan kepada Mahkamah Majistret Tenom bahawa sebanyak 436 keping gambar diperoleh daripada sebuah telefon pintar jenama Samsung Galaxy A31 berhubung kes seksual itu dihantar ke makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut juruanalisis Kanan Audio Video PDRM ASP Latifah Abdul Aziz, 43 itu menyatakan bahawa terdapat juga empat rakaman video dan 219 gambar tangkap layar yang ditemui daripada telefon tersebut.

Memetik laporan Sinar Harian, Latifah memaklumkan telefon itu disimpan dalam sampul surat berwarna putih berkenaan telah dihantar ke makmal forensik PDRM Cheras, Selangor pada pukul 3.20 petang pada 9 Ogos 2021 di tempat bertugasnya.

Latifah juga telah membuat pemeriksaan fizikal untuk memastikan telefon itu tidak mengalami kerosakan dan berfungsi dengan baik sebelum analisis dijalankan pada tarikh yang sama.

“Saya menjalankan proses ‘extraction’ ke atas barang kes (telefon bimbit) dengan menggunakan perisian XRY dan mengenal pasti data yang diperlukan oleh pegawai penyiasat,” katanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad hari ini.

Lagi, beliau memaklumkan bahawa mengambil masa kira-kira tiga jam untuk membuat analisa kandungan yang terdapat dalam telefon itu sebelum membuat salinan data yang diperoleh itu ke dalam dua cakera padat PDRM yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan.

Tambahnya, satu CD itu tersimpan 436 gambar beserta empat rakaman video manakala satu CD lagi mengandungi 219 gambar tangkap layar menerusi aplikasi Whatsapp.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, Latifah turut memberitahu hasil pemerhatiannya mendapati empat video yang ditayangkan dalam mahakamah hari ini tidak mengalami sebarang pengubahsuaian.

Hal ini dikatakan demikian kerana ke semua video berkenaan dimainkan bergerak secara ‘frame by frame’ kerana video yang telah disunting akan menjadi ‘jumping’.

Sebelum ini, Ebit berdepan 11 pertuduhan atas sebab mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan mengirim gambar lucah dan perkataan ke nombor telefon mangsa menerusi aplikasi Whatsapp antara Mac dan Jun 2021.

Jika disabit kesalahan, pesalah akan menerima hukuman maksima penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Ustaz Ebit Lew
https://lomp.at/6ahik
Share190Tweet119SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

  2. 2

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  3. 3

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  4. 4

    Uqasha Tepis Dakwaan Gelaran ‘Datuk’ Adik Ipar Dibeli, Dedah Status Kerabat & Sumbangan Hartanah

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem