Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

[VIDEO] Kaki Membengkak Selepas Terjumpa Kotak Berisi Abu, Ustaz Kazim Elias Terkena Buatan Orang!

Penemuan sebuah kota berisi abu dan gambarnya yang dibakar.

by Khai Azfar
October 1, 2021
Share on Facebook

Sebelum ini, ramai tertanya akan ‘kehilangan’ penceramah terkenal Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) yang selama ini aktif memberi pelbagai perkongsian. Difahamkan, ‘kehilangan’ tersebut berpunca daripada masalah kesihatan yang dihidapinya.

Ustaz Kazim Jumpa Gambarnya Dibakar 

Terbaru, Ustaz Kazim tampil mendedahkan perihal sebenar akan tahap kesihatan dirinya yang kini tidak mampu berjalan seperti biasa berikutan kaki kirinya berada dalam keadaan bengkak. Lebih mengejutkan, penceramah itu turut tidak menolak ia berpunca dari penemuan sebuah kota berisi abu dan gambarnya yang dibakar.

“Ini dijumpai di tempat laluan saya pergi mengajar atau laluan khas saya untuk ke dewan. Dewan saya ini tempat saya mengajar di Al-Barakah, dewan besar jadi orang lain tak lalu laluan itu. Laluan itu untuk saya sahaja jadi kita jumpa abu dan dalam abu tu ada gambar saya yang dibakar.

Selepas kejadian ini, kaki saya membengkak. Mula-mula kita ingat bisul ke apa rupanya bukan. Kaki sebelah kiri memang tak boleh jalan mahu pun sentuh. Kita pun tak tahu apa benda kan, kita pandang baik kepada Allah S.W.T., InsyaAllah saya mampu” dedah Ustaz Kazim

Beransur Pulih 

Bagi kembali sembuh seperti sedia kala, Ustaz Kazim telah menjalani pelbagai alternatif lain termasuk mendapatkan rawatan di hospital. Dalam pada itu, beliau turut bersyukur kerana rawatan yang diperolehi membuahkan hasil.

“Esok ke hospital tengok apa lagi masalah, saya harap janganlah kena tahan wad, tak nak lah nak operate apa lagi. Saya tak nak dah. Jadi kita buat rawatan Islam, sejak daripada kalau tuan-tuan perasan dah 2 minggu dah kita buat rawatan. Macam-macam ubat kita dah cuba, Alhamdulillah berkesan.

Dia tak bengkak cuma agak sakit bila berjalan, bila duduk lama, kena baring ja. Bengkak dah tiada, cuma dia keras ada nanah ke tapi bila kita operate haritu tiada nanah itu yang pelik tu. Nanah tak ada darah pun tak ada ini satu benda yang pelik” dedahnya lagi

Sekadar info, Ustaz Kazim dikenali ramai sebagai penceramah dan personaliti media yang terkenal dalam memberikan ceramah yang menggunakan pendekatan komedi dan santai. Antara intipati ceramah beliau berkisarkan keluarga dan masyarakat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
santauUstaz Kazim Elias
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara