• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

“Inilah Keadaan Muka Saya Sekarang”-Ustaz Kazim Elias Mohon Bantuan Untuk Rawat ‘Penyakit Misteri’

Ustaz Kazim akui rasa bimbang dengan keadaannya itu yang mungkin mengakibatkan beliau menghilangkan diri dari dunia dakwah.

by Naddy Joe
May 19, 2022
Share on Facebook

Pendakwah terkenal, Dato’ Ustaz Kazim Elias (DUKE) tampil berkongsi tentang keadaan kesihatannya yang sebelum ini telah berusaha mendapatkan rawatan moden dan tradisional.

Tunjuk Wajah

Menerusi hantaran di Facebook, Ustaz Kazim turut dilihat memuatnaik foto keadaan wajahnya yang sebelum ini disembunyikan melalui tampalan apabila berdepan khalayak ramai dan menceritakan bahawa ia boleh menjadi luka dengan sendiri sehingga mengeluarkan darah.

“Selama ni saya simpan keadaan diri saya tetapi selepas berusaha mendapat rawatan moden dan tradisional selama 8 bulan ni saya rasa saya tak boleh lagi sembunyi dari orang ramai.

Inilah keadaan muka saya sekarang dan selama ini saya sembunyikan melalui tampalan apabila muncul di khalayak. Bukan hanya di muka malah seluruh badan. Ianya boleh terjadi luka dengan sendiri sehingga mengeluarkan darah tanpa semena-mena.”-Ustaz Kazim

View this post on Instagram

A post shared by Dato’ Ustaz Kazim Elias (@datoustazkazimelias)

Luah Rasa Bimbang Dengan Keadaan Diri

Ustaz Kazim juga bimbang dengan keadaan dirinya yang mungkin boleh mengakibatkan beliau menghilangkan dirinya dari dunia dakwah. Bagaimanapun setakat ini, Ustaz Kazim masih menerima jemputan ceramah dan program walaupun dalam keadaan sakit.

“Saya rasa saya perlukan  untuk sesiapa baik doktor atau daripada perubatan alternatif untuk merawat saya. Sakit, gatal, gelisah, pedih dan pelbagai perasaan saya selama ini tak boleh sorok lagi. Saya tidak boleh tidur seharian sejak berbulan yang lepas.

Saya bimbang dengan keadaan saya ini akan menghilangkan saya dari dunia dakwah saya. Walaupun sakit tetapi tetap saya terima semua jemputan ceramah  dan program. Kadang-kadang saya masuk dan keluar dari tempat ceramah  dengan tergesa-gesa kerana tak dapat menahan kepedihan dan kesakitan yang ditanggung.”-Ustaz Kazim

via Instagram Ustaz Kazim

Titip Ucapan Terima Kasih

Beliau juga menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan nasihat kesihatan dan menawarkan bantuan kepadanya.

“Terima kasih pada yang menawarkan bantuan dan nasihat kesihatan kepada saya. Saya dah berusaha berubat di banyak tempat tapi belum diberi keizinan oleh Allah.

Mungkin ada kalangan tuan/puan yang boleh membantu saya maka dengan itu saya siarkan gambar lengan effect khas itu sebagai kiasan. Saya juga memohon maaf jika selama ini perkataan dan tingkah laku saya mengguris hati anda.”-Ustaz Kazim

Sama-sama kita doakan agar Ustaz Kazim Elias diberikan kesembuhan dengan cepat…

Ustaz Kazim Elias
https://lomp.at/cwtlg
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  3. 3

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  4. 4

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  5. 5

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore