Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ustazah Fatimah Syarha Dedah Janda Minta Nasihat Ustaz, Tiba-Tiba Ingin Menumpang Kasih

Ustazah Fatimah memuatnaik tangkap layar foto perbualan seorang wanita yang baru bercerai bersama seorang lelaki.

by Puteri Alia
November 26, 2021
Foto - Nona

Foto - Nona

Share on Facebook

Penulis buku dan penceramah bebas, Ustazah Fatimah Syarha baru-baru ini memuatnaik tangkap layar foto perbualan seorang wanita yang baru bercerai bersama seorang lelaki. Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah mengenai kandungan perbualan di dalam mesej tersebut.

Janda Ingin Menumpang Kasih

Berdasarkan perbualan di dalam mesej tersebut, wanita berkenaan mendedahkan kepada seorang ustaz bahawa dirinya baru sahaja bercerai. Namun, dalam masa yang sama meluahkan keinginan untuk berkahwin dengan ustaz tersebut atas dasar ingin menumpang kasih.

Bukan Soal Boleh Atau Tidak Tapi Soal Adab – Ustazah Fatimah Syarha

Melihat kandungan mesej sedemikian, membuatkan Ustazah Fatimah  berkongsi pandangannya mengenai situasi yang berlaku berdasarkan perbualan dalam mesej tersebut.

Foto – Instagram @fatimah_syarha

“Kes ni seakan situasi Rasulullah SAW, yang ramai wanita offer diri pada baginda. (Ada Ummu Syarik, Khaulah dan ramai lagi).

Namun baginda SAW tak pernah terima wanita yang offer diri pada baginda saat baginda bergelar suami orang.

Bukan soal boleh tak boleh, ia soal patut tak patut, soal adab.

Lebih-lebih lagi dalam situasi lebih ramai lelaki dan ramainya duda di Malaysia ni. Tidak seperti zaman dulu ramai lelakinya syahid dalam perang.

Baginda berpoligami dengan sebab-sebab yang sangat layak dihormati oleh kemanusiaan.

Bukan sebab-sebab kegagalan berjihad melawan hawa nafsu seperti bercinta dulu, WhatsApp,telefon sembunyi-sembunyi, ber-dating kemudian takut berzina..

Walaupun baginda berpoligami dengan sebab-sebab terhormat, konflik dan cabarannya juga tinggi berbanding dalam 25 tahun monogami baginda. Hingga baginda menegaskan, Allah tak pernah gantikan seseorang yang lebih baik dari Khadijah.” Kongsi Ustazah Fatimah

Netizen Setuju Dengan Intipati Mesej Yang ‘Deep’

Pandangan Ustazah Fatimah terhadap situasi tersebut mendapat respon positif orang ramai terutama kaum hawa. Masing-masing bersetuju dengan intipati mesej yang disampai penceramah terkenal itu.

Foto – Instagram @fatimah_syarha

“MashaAllah, Nabi diperintahkan oleh Allah SWT untuk bernikah dan bukan mengikut hawa nafsu sama sekali.”

“Betul…. Dah tahu suami orang, janganlah dikacau bermesej-mesej semua untuk perkara yang tak penting.. Tu pun adab yang perlu diperhalusi, semua especially kaum wanita sendiri…”

“Inilah sebabnya saya tak suka kalau bakal suami saya duk ambil berat sangat tentang perihal rumahtangga orang lain, sampai kekadang rumahtangga sendiri terabai dan akhirnya runtuh.”

“Macam tu pun boleh ya. Apa pun setuju sangat dengan kapsyen ustazah.”

“Betul tu ustazah.”

“Benar ustazah.”

“Hebat mesej ustazah.” Komen mereka

Apa pandangan anda tentang hal ni?

JandapoligamiUstazah Fatimah Syarha
https://lomp.at/u11d3
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
Foto - @ayrie_7 (TikTok)
Lokal

[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif

by Nurul A.
January 14, 2026

Baru-baru ini pencipta kandungan, Danish Firdaus telah menuai kecaman ramai selepas memuat naik video kunjungannya ke sebuah perkampungan Orang Asli...

Read moreDetails
Lokal

Nurin Afiqah Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon baharu dan personaliti media sosial, Nurin Afiqah berkongsi khabar gembira apabila dia selamat menimang cahaya mata kedua. Nurin menerusi...

Read moreDetails
Foto - @traciesinidol_official (IG)
Lokal

Detik Cemas Tracie Sinidol, Mata Kiri Hampir Buta- “Nampak ‘Flash’ Putih Sebelum Gelap”

by Nurul A.
March 9, 2026

Paling mencemaskan! Pelakon kelahiran Sabah, Tracie Sinidol mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pengalaman agak menakutkan yang hampir meragut penglihatannya....

Read moreDetails
Lokal

Siti Saleha Kongsi Momen Hamil Hingga Bersalin, Netizen Terpegun!-“Pregnant Lawa, Dah Bersalin Pun Lawa..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Umum mengetahui pelakon, Siti Saleha telah selamat menimang cahaya mata pertama pada Selasa. Menamakan bayi lelakinya sebagai Indra, Siti Saleha...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara