• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Legasi Lagu Ikonik Halaman Asmara Diteruskan Vanessa Reynauld & Pasya

Zaman berganti zaman, namun lagu Halaman Asmara nyanyian Datuk Awie dan Ziana Zain terus menjadi karya ikonik dan tidak lapuk.

by Arsiqin Yusof
July 9, 2022
Share on Facebook

Zaman berganti zaman, namun lagu Halaman Asmara nyanyian Datuk Awie dan Ziana Zain terus menjadi karya ikonik dan tidak lapuk.

Hakikatnya, Halaman Asmara turut menjadi simbolik betapa hebatnya karya lagu balada tempatan sejak dulu lagi. Disebabkan itulah ia digelar ikonik apalagi duet Datuk Awie dan Ziana Zain begitu padu serta bersatu dengan sempurna.

Vanessa Beranikan Diri

Justeru, tanggungjawab penyanyi Vanessa Reyauld dan Pasya menyanyikan versi baharu Halaman Asrama cukup berat untuk dipikul. Mana tidak, versi asalnya pun sudah terlalu hebat dan tiada tandingan.

Mengakui memang agak risau diberikan mandat itu, Vanessa atau nama sebenarnya Vanessa Ben Reynauld, 22, berkata dia bagaimanapun tetap beranikan diri mencabar dirinya. Hakikatnya, rasa teruja dan bangga melebihi debarannya.

“Secara peribadi, saya sangat suka lagu ini dan rasa ia tidak kedengaran seperti lagu raya pun tapi lebih kepada lagu balada yang besar. Apabila dapat tahu saya kena duet dengan Pasya untuk lagu ‘Halaman Asmara’, saya teruja jadi penerus legasi sebab lagu ini memang ikonik.

“Setiap lagu yang saya bawakan, saya cuba untuk memahami liriknya serta jalan cerita sebelum nyanyikannya. Saya mahu suntik perasaan sendiri dalam lagu itu supaya pendengar pun dapat rasa apa yang sepatutnya dirasakan,” katanya.

Vanessa mendedahkan projek merakam semula versi baharu Halaman Asmara bersama Pasya sebenarnya tidak dirancang. Idea nyanyi lagu raya secara berduet terjadi secara spontan tidak lama dahulu.

Bahkan dia terus bersetuju sahaja kerana memang sudah tahu cara nyanyian dan kemampuan vokal Pasya. Namun begitu, dia akui cabaran utama bukan pada kemampuan mencapai nota tinggi, sebaliknya lebih daripada itu.

“Kita semua tahu ini sebuah lagu yang cukup mencabar vokal dan untungnya laras vokal kami berdua memang luas. Untuk mencapai notanya bukan masalah tapi yang mencabarnya adalah percubaan lari daripada identiti penyanyi asal,” katanya.

Pasya Terharu & Teruja

Menurut Pasya atau nama sebenarnya Faizul Asyraf Fauzi, 28, pula, dia juga sejujurnya tidak risau disebabkan memang peminat tegar lagu Halaman Asmara. Dapat menyanyikan semula lagu yang sangat ikonik ini buat dirinya terharu dan teruja.

Berkongsi proses rakamannya, Pasya bersyukur bukan susah buatnya menghayati lagu ini dengan baik di studio. Dia turut berbesar-hati dipadankan dengan Vanessa untuk projek cukup bermakna ini.

“Vanessa memang seorang penyanyi yang bagi saya cukup berpengalaman. Dia memiliki kepelbagaian warna suara dalam nyanyiannya. Itu menjadi kelebihan tersendiri untuknya kerana bukan saja ada vokal mantap malah sangat versatil,” katanya.

Pasya tidak menafikan terbit rasa gusar juga sekiranya versi ‘Halaman Asmara’ baharu ini akan dibayangi versi asal. Namun dia yakin keunikan tersendiri sudah disuntik mereka dalam menghidupkan lagu itu agar tampil lebih segar.

“Bab perbandingan memang paling seram sekali. Tapi mestilah bersedia untuk itu sebab mesti akan ada yang bandingkan. Apapun, saya secara peribadi rasa tak wajarlah bandingkan kami yang kerdil ini dengan penyanyi asal,” katanya.

Dua penyanyi makin bersinar ini cukup mengagumkan pencapaiannya sejak memijak industri muzik tempatan. Selain memiliki vokal hebat, Vanessa pernah terpilih untuk kempen Equal oleh platform penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

Wajah Vanessa juga pernah terpampang di papan iklan ikonik di New York Times Square, Amerika Syarikat. Selain itu, lagu duetnya bersama Naqiu berjudul Rindu Separuh Nyawa berjaya meraih dua kali ganda platinum dalam tempoh setahun.

Manakala, Pasya pula berjaya dinobatkan tempat ketiga program nyanyian realiti, Lagu Cinta Kita musim ketiga (LCK3). Meskipun bukan juara, nama Pasya pantas meniti di bibir peminat disebabkan keunikan vokalnya.

Halaman Asmara boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.

Halaman AsmaraPasyaVanessa Reynauld
https://lomp.at/liex3
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Brooklyn Peltz Beckham Pilih Tidak Mahu Berdamai Dengan Ibu Bapa

by Nurul A.
January 20, 2026

Selepas mendiamkan diri beberapa tahun, anak sulung Victoria Beckham dan David Beckham, iaitu Brooklyn Peltz Beckham berkata dia tidak mahu...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Datin Shahida ‘Survey’ Sekolah Baharu, Gelagat Anak-Anak Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
January 6, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff iaitu Datin Seri Shahida mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya bersama anak-anak...

Read moreDetails
Foto - @dayanaroza (IG)
Lokal

Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu, Luah Mahu Fokus Anak & Karier

by Nurul A.
December 26, 2025

Selepas lima tahun, pelakon Dayana Roza atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin, mengesahkan rumah tangganya dengan usahawan A'dale Adham...

Read moreDetails
Lokal

Anak Along Eyzendy Kongsi Janji Terakhir Arwah-“Tapi Allah Lebih Menyayanginya..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Anak lelaki kepada pelakon, Allahyarham Along Eyzendy iaitu Eyman mencetuskan rasa sebak netizen selepas membuat perkongsian mengenai arwah bapanya yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

  3. 3

    Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

  4. 4

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  5. 5

    RM17 Juta ‘Ang Pow’ Kerajaan Johor Untuk Komuniti Cina Sempena Tahun Baharu Cina 2026

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore