Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Vicha Akan Buktikan Kemampuan Pelawak Wanita Dalam MLM2019

by Khai Azfar
November 11, 2019
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Minggu kedua Maharaja Lawak 2019 (MLM2019) yang diadakan secara langsung dari Royal Theathre Shah Alam pada malam Jumaat lalu menyaksikan dua peserta dari Brunei iaitu duo kumpulan Cali dan Halus menjadi peserta pertama tersingkir dari rancangan realiti itu.

Hanya Vicha Pelawak Wanita Dalam MLM2019

Bertemakan bebas itu, Cali yang terdiri daripada duo Tonny dan Khai, manakala Halus yang merupakan juga duo gandingan Filzah (Awok) bersama Farid Azmer berada di kedudukan terendah.

Dengan penyingkiran Filzah dari pentas MLM sekaligus menyaksikan Vicha dari kumpulan J-Born menjadi satu-satunya pelawak wanita yang tinggal.

Menurut Vicha ketika ditemui Murai.my usai dari program itu berlangsung, dia akui agak sedih kerana kedua-dua duo itu tersingkir apatah lagi Filzah antara yang rapat dengannya biarpun baru dua minggu MLM membuka tirainya.

“Sebenarnya mereka boleh buat lebih daripada itu. Saya pernah melihat mereka membuat latihan jauh lebih baik mungkin kerana terlalu gemuruh mereka tidak dapat membuat sepenuhnya di hadapan para juri dan penonton. Ketika Halus diumumkan terkeluar, saya agak sedih kerana Filzah satu-satunya kawan perempuan saya dalam MLM”

Akan Buktikan Kemampuan 

Biarpun begitu, jelas Vicha dia tidak menganggap penyingkirkan Filzah itu untuk meletakkan stigma bahawa wanita tidak mampu menjadi pelawak.

Sebaliknya, dia akan menggunakan kelebihan kumpulan J-Born yang memiliki pelawak wanita untuk membawakan idea jenaka yang jauh lebih baik.

“Kita mesti tunjukkan yang wanita juga layak jadi pelawak yang baik. Saya berharap pada masa akan datang lebih ramai lagi pelawak wanita yang akan menghiasi industri ini”

Dalam pada itu, kumpulan J-Born terus unggul apabila diumumkan sebagai ‘Flamintoz Kumpulan Paling Syok!’ berdasarkan markah tertinggi oleh juri dalam dua minggu berturut-turut.

Bersyukur dengan kemenangan tersebut, menurut Vicha setiap kali membuat persembahan mereka tidak pernah meletakkan sasaran untuk memenangi sebarang anugerah.

Komited Dalam Membuat Persembahan 

Sebaliknya, mereka komited untuk menghiburkan para penonton dan juga peminat. Malah tambah Vicha, demi MLM mereka sanggup menolak semua tawaran untuk berlakon kerana ingin memberikan yang terbaik.

Menerusi anugerah tersebut, selain Vicha J-Born yang dianggotai oleh Khir Rahman dan Joey telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 dan produk Adabi bernilai RM500.

J-Bornvicha
https://lomp.at/frfg4
Share11Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman Berhadapan ‘Maid’ Bermasalah-“Dia Tiru Saya, Curi Pakaian, Mekap, Duit..”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Pelakon, Fatin Afeefa berkongsi pengalamannya yang pernah berhadapan dengan pembantu rumah yang bermasalah sehingga sanggup merakam video yang tidak senonoh...

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Sehabis Baik Menjaga Batas Dalam Tempoh Iddah-“Tak Cuba Nak Rapat Dengan Mana-Mana Perempuan..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Kamal Adli Mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu hantaran mengenai tempoh iddah. Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Azah Aziz Cakap Melayu, Netizen Terhibur!-“French Sangat Ni..”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Perkongsian pelakon, Azah Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gelagat anak lelakinya, Justin Leroy yang cuba berbahasa Melayu, baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - @aisharetno02 (IG)
Lokal

“Enam Tahun Saya Terima Ugutan Bun*h, Body Shaming”- Aisha Retno

by Nurul A.
February 19, 2026

Penyanyi Aisha Retno mencuri perhatian ramai selepas meluahkan perasaan kesal dan terkesannya apabila menerima pelbagai komen negatif susulan persembahannya di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara