Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

by Naddy Joe
August 7, 2025
Share on Facebook

Pelakon dan usahawan, Abby Abadi berkongsi momen istimewa apabila dia bersama keluarga bekas suaminya, Norman Hakim dilihat menghabiskan masa bersama di kediaman anak perempuan mereka, Marissa Dania.

Kongsi Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, turut menitipkan ucapan terima kasih buat Marissa yang telah menjemput ahli keluarga yang lain untuk makan malam bersama di kediamannya itu.

“Mama, Mummy, Papa & anak-anak. Love you adik Marissa Dania ❤️. Thank you jemput datang makan-makan kat rumah kedua adik. Ada rezeki ajaklah lagi ok hihi 😘.”-kongsi Abby di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by abbyabadi_112 (@abbyabadi_112)

“Walaupun berat Dugaan Melanda, Pengakhirannya Keluarga Ini Tetap Bersatu…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ramai yang memuji keluarga besar ini yang bersatu biarpun pelbagai ujian melanda.

“Cantik rumah Marissa, pandai hias 😍.”

“Keluarga ni keluarga yang Allah SWT sayang, yang nak mengangkat darjat keimanan dorang ❤️.”

“Walaupun berat dugaan melanda, pengakhirannya keluarga ini tetap bersatu. Respect.”

“Bagus Marissa ni muda-muda lagi dah ada 2 rumah. dah ada wawasan Marissa. Semoga Allah murahkan rezeki Marissa seperti air zam-zam yang tak pernah putus.”

Sekadar info, Abby Abadi pernah mendirikan rumah tangga dengan Norman Hakim pada 2002 sebelum berpisah pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohd Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, dan Maria Danisha Hakim.

Abby kemudian berkahwin dengan pilihan hatinya, Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang dilahirkan secara pramatang. Namun, cahaya matanya itu menghembuskan nafas terakhir selepas lebih dua bulan mendapatkan rawatan.

Manakala, Norman pula berkahwin dengan pelakon, Memey Suhaiza pada September 2011. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

[VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!
abby abadimarissa dania
https://lomp.at/fpxt6
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Andika Putera Kesal Sikap Netizen Kritik Pakaian Alisha, Fazura Beri Respon!-“Yang Buruk Ialah Sifat Sombong…”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pempengaruh media sosial, Andika Putera meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir netizen yang mempersoalkan penampilan anak perempuannya, Alisha Puteri yang...

Read moreDetails
Spotlight

“Memang Ada ‘Gila’ Sikit…”- Izzue Islam Mahu Video Muzik Raya Luar Biasa Sampai Orang Ingat

by Phic ARMAN
March 12, 2026

Setiap kali musim raya menjelma, memang tak sah kalau industri muzik tempatan tidak meriah dengan pelbagai lagu raya baharu. Tahun...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Foto - @shihazikir (IG)
Lokal

Shiha Zikir ‘Backup’ Noraniza Idris- “Pesan Dekat Peminat Untuk Tidak Komen Toksik”

by Nurul A.
March 13, 2026

Rasanya ramai yang tahu bahawa penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris, atau mesra disapa sebagai Kak Ani, telah menuai kecaman segelintir...

Read moreDetails
Foto - @iqbaljamalulleil (IG)
Lokal

Kongsi Da’i Syed Sudah Bertaubat, Adik Tampil Mohon Maaf

by Nurul A.
January 26, 2026

Penyanyi Syed Iqbal Jamalulleil, iaitu adik kepada pendakwah bebas selebriti Da'i Syed baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka selepas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara