Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

[VIDEO] Pencuri Dimandikan Seperti Jenazah Undang Kecaman Netizen

Warganet berpendapat hukuman yang dilakukan tidak mencerminkan keperibadian sebagai orang Islam

by Puteri Alia
January 12, 2022
Foto - Twitter

Foto - Twitter

Share on Facebook

Video pencuri wang tabung sebuah masjid menjadi bualan ramai di media sosial, di mana tindakan ahli masjid berkenaan menjatuhkan hukum pada pencuri tersebut mengundang pelbagai kritikan dan perhatian warganet.

Pencuri Kena Mandi Jenazah Dan ‘Waterboarding’

Di dalam video tersebut, kelihatan sekumpulan ahli masjid menangkap seorang remaja lelaki yang didakwa mencuri wang tabung masjid berkenaan.

Susulan itu,lelaki tersebut telah dihukum secara fizikal dengan dibaringkan dan dimandikan di atas tempat mandi jenazah. Selain itu, dia turut dilibas dengan getah paip dan dilumur dengan kapur barus serta serbuk cendana yang digunakan bagi memandikan jenazah.

Libas paip & waterboarding. Ini setan costume Lebai ke? pic.twitter.com/zVXcKjOzNn

— Saiful Nizam (@saifulnizam769) January 11, 2022

Netizen Kecam Cara Hukuman

Video yang tular itu telah mendapat kecaman dan kritikan orang ramai di Twitter, berikutan tindakan mereka yang terlibat disifatkan tidak mencerminkan keperibadian orang Islam.

Foto – Twitter

“Kaedah mendidik cara Islam ke ni Pak Imam? Uhmm.. Makin ke lautlah jawabnya kalau contoh begini yang Islam anjurkan..”

“Libas paip dan waterboarding. Ini setan kostum lebai ke?”

“Allah. Tak mencerminkan keIslaman langsung. Malu!!”

“Astaghfirullahalazim” ciap mereka

Cadang Buat Laporan Polis

Warganet  turut berpendapat meski pencuri tersebut bersalah namun ahli masjid tidak sepatutnya menghukum sedemikian. Sebaliknya, mereka harus membuat laporan polis dan serahkan individu tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Foto – Twitter

“Eh emosinya tindakan pakcik tu. Lapor je lah polis. Kenapa nak buat tindakan sendiri??”

“Kalau ya pun budak tu mencuri lapor lah kat @PDRMsia”

“Kalau otak kuat akan imagine macam kau ke? Bukan bidang kita untuk menghukum dia macam tu. Matlamat tak menghalalkan cara”

“F**king weirdos. Sumpah pelik si** dia orang ni” ciap mereka lagi

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ahli masjidpencuri
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  2. 2

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  3. 3

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  4. 4

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  5. 5

    Masuk Je Terus Jumpa Kucing! Izawa Dessert Cat Cafe Jadi Tarikan Unik Di George Town, Pulau Pinang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara