Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

[VIDEO] Aksi Tengku Hassanal Betulkan Baju Sultan Pahang Buatkan Netizen Teruja

by Noah Ab
September 2, 2025
Share on Facebook

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Tengku Hassanal yang membetulkan baju yang dipakai oleh Sultan Pahang sebelum mereka mengambil gambar bersama sama. Tengku Hassanal juga merupakan seorang yang sangat teliti dan mementingkan kekemasan terutama apabila memakai baju beruniform kerana ianya diterapkan oleh Sultan Pahang sejak kecil lagi.

Video tersebut yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @7his.7 kini peroleh jumlah tontonan sebanyak 78 ribu, tanda suka sebanyak 1,734 dan sebanyak 79 komen.

@7his.7

#crdtownerthisvideo #thty7 #tmp #tengkuhassanal #tengkumahkotapahang #sultanpahang #tengkuampuanpahang

♬ Seluruh Cinta – Siti Nurhaliza

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Tengku Hassanal merupakan seorang yang sangat bertanggungjawab buat keluarga dan negeri Pahang.

“TMP sangat menyayangi ayahanda dan bondanya itu, Daulat Tuanku”

“anak dan bapa sama tolong menolong, keluarga bahagia”

“Alhamdulillah TMP orangnya rendah diri baik seperti ayahanda dan bondanya”

Info tambahan, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang dengan gelaran Tengku Mahkota dan pemangku raja Pahang. Baginda adalah anakanda kedua Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tengku Hassanal memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007, sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah ST THOMAS, Kuantan pada 2008 hingga 2012.

Baginda juga melanjutkan pelajaran ke Universiti of Notthingam. Pada May 2018, Tengku Hassanal tamat pengajian dari Geneva School Of Diplomacy and Relations Switzerland dengan Ijazah dalam hubungan Antarabangsa. Kemudian baginda melanjutkan pelajaran di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Tengku Hassanal
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nourul Bermimpi Tentang Biduanita Negara, Respon Siti Nurhaliza Buat Ramai Tersenyum

  2. 2

    “Tak Perlu Sampai Tampar”- Video Anggota Polis Kejutkan Warga Emas Tidur Cetus Kemarahan Netizen

  3. 3

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

  4. 4

    Luahan Zizie Izette Buat Ramai Sebak- “Saya Ibu Tunggal Sekarang…”

  5. 5

    Ralph’s Coffee Rai Festival Pertengahan Musim Luruh Dengan Kek Bulan Eksklusif

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara