Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

[VIDEO] Aliff Syukri Kini Jual Kurma Selepas Jeruk Mangga, Netizen Terhibur!-“Biar Dia Lupa Lagu Raya…”

by Naddy Joe
February 5, 2025
Share on Facebook

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sebelum ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas dilihat tidak henti-henti melakukan pelbagai perniagaan termasuklah menjalankan peniagaan jeruk mangga menerusi sesi live di laman media sosial miliknya.

Terkini, Aliff Syukri tampil dengan perniagaan baharu selepas jeruk mangga, iaitu kurma sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh isterinya, Datin Seri Shahida menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, yang memaparkan Aliff sedang sibuk mempromosikan kurma ketika sesi live di TikTok miliknya itu.

“Lepas jeruk, kurma pula. Bila nak habis ni?.”-kapsyen Datin Shahida di TikTok

@shahidadherbs2

bila nak habis ni ?? #kurma #ramadhan #fyp

♬ bunyi asal – Nur Shahida Mohd Rashid – Nur Shahida Mohd Rashid

“Takpe Bagi Dia Sibuk Jual Kurma…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Aliff dan isterinya itu, malah ramai yang memuji sikap Aliff yang tidak-tidak henti berniaga untuk mencari rezeki buat keluarga.

“Seronoknya dapat suami yang pandai cari rezeki macam ni.”

“Dunia bisnes Papa memang berpusing ya ?. Tak habis dengan idea bisnesnya sentiasa ada.”

“Tahun ni confirm takde lagu raya sebab busy berniaga ?.”

“Tak sempat nak support seller lain. Beg cari sini, makan jeruk ke kurma cari sini, krim angin krim kurus cari sini, sabun mandi sini, skin care sini, tudung sini.”

“Takpe bagi dia sibuk jual kurma, takde la lagu raya tahun ni.”

“Datin biar la Dato busy niaga daripada dia duk fikir lagu raya 2025 nanti ??.”

Apa komen anda?

Rozita Ibrahim Pertahan Menantu, Datin Shahida?-"Dia Wanita Terhebat Di Hati Saya.."
aliff syukridatin shahida
https://lomp.at/dgthi
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @wafarienaroslan (IG)
Lokal

Pinggul Wafariena Roslan Jadi Perhatian- “Saya Suka Macam Kim K”

by Nurul A.
March 12, 2026

Baru-baru ini nama pelakon Wafariena Roslan menjadi bualan ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa dia telah melakukan pembedahan kosmetik bagi...

Read moreDetails
Spotlight

Pesan Yang Jadi Kenyataan… Isteri Tak Lupa Kata-Kata Terakhir Along Eyzendy

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang MURAI rasakan saat membaca perkongsian balu kepada pelakon Allahyarham Along...

Read moreDetails
Foto - @drfietawfek (IG)
Lokal

Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

by Nurul A.
March 16, 2026

Doktor pergigian, Dr Fie Tawfek menjadi perhatian ramai selepas tamat tempoh iddahnya baru-baru ini. Dr Fie atau nama penuhnya Afifah...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Lokal

A. Aida Anggun Bertudung, Rakan Selebriti & Peminat Titip Rasa Syukur

by Naddy Joe
March 3, 2026

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida mencuri perhatian netizen dan rakan selebriti selepas berkongsi penampilan terkininya di media sosial, baru-baru. Menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara