Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[VIDEO] Apple Turunkan Harga iPhone 17, Ramai Tak Sangka Lebih Murah Dari iPhone 16

by Phic ARMAN
September 10, 2025
Share on Facebook

Siapa sangka, Apple kali ni buat kejutan dengan pelancaran siri iPhone 17. Bukan saja datang dengan model baru dan spesifikasi mantap, tapi yang paling mengejutkan, harganya turun! Yup, buat pertama kali sejak iPhone 11 tahun 2019, harga iPhone turun berbanding model sebelumnya.

Dalam acara pelancaran pada Rabu, hari ini, Apple umumkan harga iPhone 17 standard 256GB bermula dari US$799 (RM3,280). Banding dengan iPhone 16 standard tahun lepas yang cuma 128GB tapi dah cecah US$829 (RM3,400), memang jelas Apple cuba main strategi harga yang lebih mesra poket pengguna.

Bukan tu je, iPhone 17 Pro 256GB kekal pada harga sekitar US$1,099 (RM4,510), tapi Apple dah tak tawarkan versi kapasiti kecil macam sebelum ni. Maksudnya, pengguna terus dapat storage besar tanpa kena bayar lebih. Smart move!

Lepas tu, Apple turut kenalkan iPhone Air,  telefon paling nipis mereka setakat ni. Dengan harga bermula US$999 (RM4,100), model ni letak diri di tengah-tengah antara iPhone 17 standard dan Pro. Datang dengan cip A19 Pro, bateri lebih tahan lama dan design yang memang premium habis, iPhone Air jelas disasarkan untuk mereka yang nak gaya Pro tapi tak nak bayar harga Pro.

Ramai penganalisis kata langkah Apple ni bijak, sebab dalam keadaan ekonomi global yang mencabar, ramai jenama lain naikkan harga. Tapi Apple pilih untuk serap kos tu sendiri demi tarik lebih ramai pengguna untuk upgrade hujung tahun ni.

YouTube video

Menariknya, iPhone Air juga dijangka jadi pesaing rapat Samsung Galaxy S25 Edge. Ada pakar kata, ini mungkin langkah awal Apple sebelum masuk ke pasaran foldable phone.

So, lepas tengok line-up kali ni, jelas Apple cuba kasi “angin baru” pada siri iPhone yang sebelum ni ramai kata terlalu recycle design. Dengan strategi harga yang lebih berani, confirm lagi ramai yang gatal tangan nak upgrade hujung tahun ni!

Ini Sebab Kenapa Apple Kecundang Di China, Huawei Pula Bangkit Jadi No.1

AppleiphoneIphone 17
https://lomp.at/2rtuk
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Galaxy A57 5G dan A37 5G Kini di Malaysia! Selain Harga, Teknologi Nightography Jadi Fokus

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Baru-baru ini, MURAI berpeluang hadir ke event eksklusif Samsung di The Campus untuk menyaksikan sendiri pelancaran dua model terbaru Galaxy...

Read moreDetails
LifeXplore

Suri Rumah Memang Suka! Ini Manfaat Ciri Teknologi ‘No Frost’ Pada Peti Ais

by Phic ARMAN
April 23, 2026

Kalau nak cakap jujur, No Frost Technology bukan sekadar ciri “extra”,  tapi dah jadi penyelamat rutin harian, especially untuk suri...

Read moreDetails
LifeXplore

Apa Yang Best Pasal Kad Ryt Ini Kalau Time Shopping? Ini 3 Hal Penting Yang Patut Anda Tahu

by Phic ARMAN
April 23, 2026

Kalau anda jenis suka shopping tapi dalam masa sama nak jaga flow duit, berita dari Ryt Bank ini mungkin buat...

Read moreDetails
LifeXplore

Rasmi Di Malaysia, Ini ‘First Impression’ Honor 600 Pro, Harga Masih Berbaloi?

by Phic ARMAN
April 22, 2026

MURAI sempat tengok sendiri pelancaran terbaru daripada Honor di Malaysia, dan terus terang cakap, memang nampak lain kali ini. Kalau...

Read moreDetails
LifeXplore

Low Light Tak Lagi Musuh: Galaxy A57 5G Tampil Dengan Kamera Lebih Sharp

by Phic ARMAN
April 17, 2026

Kalau dulu siri Galaxy A dah dikenali sebagai “kamera bajet rasa flagship”, kali ini Samsung Galaxy A57 5G nampaknya naik...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  3. 3

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  4. 4

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  5. 5

    Reaksi Jejai Bila Ditanya Nak Kahwin Semula Dengan Nora Danish Buat Ramai Terkejut

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara