Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Bapa Hadiahkan Beg PRADA, Reaksi Ammar Ahyan Buat Netizen Berdekah- “Posing Kemain”

by Soph Azz
July 23, 2025
Foto - @papalarisofficial (TikTok)

Foto - @papalarisofficial (TikTok)

Share on Facebook

Sebenarnya untung jadi anak-anak Dato’ Sri Aliff Syukri kan?

Selepas Qadeja El Zahra mendapat hadiah seutas jam tangan Cartier Panthère, kini tiba pula giliran Ammar Ahyan. Kali ini Ammar dihadiahkan sebuah beg clutch berjenama PRADA milik Dato’ Sri Aliff Syukri.

Menerusi video yang dikongsi di TikTok peribadi Dato’ Sri Aliff, bapa kepada enam orang anak itu telah menghadiahkan anak sulungnya, Ammar, sebuah beg clutch daripada PRADA. Yang menariknya, beg tersebut dikatakan beg mewah pertama yang dibelinya ketika usia muda.

Foto – @papalarisofficial (TikTok)

Dalam video tersebut, Dato’ Sri Aliff mendedahkan beg clutch tersebut merupakan barangan yang sangat berharga dan mengandungi nilai sentimental padanya. Jelasnya, beg clutch itu dibeli pada 15 tahun yang lalu ketika dia baru sahaja kaya.

“Beg Prada ini adalah memori saya ketika saya baru kaya, ketika saya baru senang berniaga. Ini 15 tahun punya beg, jadi saya nak bagi kepada anak saya dan kita nak tengok macam mana respons dia selepas dapat beg ni. Jadi saya nak bagi dia dan saya nak dia pakailah beg ini. Tanda ingatan Abah dan Ammayan.”

@papalarisofficial

Hadiah Terindah Buat Ammar Ahyan . Bag ini adalah bag Papa yang pertama beli dulu sewaktu Papa baru kaya. Bag ini usianya adalah 15 Tahun. Semoga Ammar suka dengan Bag yang abah Hadiahkan ini. #i

♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman – Aliff Syukri Kamarzaman

Dato’ Sri Aliff juga mendedahkan keadaan beg itu masih lagi dalam keadaan elok dan mahu memberikan kepada Ammar kerana anak sulungnya itu tiada beg untuk dipakai ketika keluar rumah.

“Ini beg Abah beli waktu abah mula-mula senang tau. Abah tak mampu nak beli yang mahal-mahal, jadi ni beg pertama yang Abah beli masa Abah senang, tak rosak lagi. Abah bagi Ammayan untuk Ammayan jaga baik-baik sampai mati.”

Foto – @papalarisofficial (TikTok)

Perkongsian tersebut telah membuatkan ramai yang terharu dan gembira melihat hubungan antara Dato’ Sri Aliff dan anak sulungnya. Walau bagaimanapun ada segelintir pengguna TikTok yang meninggalkan komen, mengatakan mereka terhibur melihat reaksi Ammar menerima hadiah daripada bapanya itu.

“Aku takleh blah dengan Amayan ni. Terima anugerah dari Havard ke? Hahaha posing kemain”, komen @myyliaaa.

“Ammayan posing macam menang hamper PIBG sekolah”, komen @sheera.azhar.

“Anak dia macam ambil anugerah cemerlah hahaha bagus la anak Dato ni anak yang soleh”, komen @zuhralai_.

“Macam dapat anugerah. Bagus Ammaryan ni. Semoga terus menjadi anak yang baik dan teruskanlah menjaga empayar abah kamu tu”, komen @mec_ena_bolat.

Walaupun terhibur melihat reaksi Ammar, Murai suka dan puji sikap anak sulung Dato’ Sri Aliff itu yang sentiasa menghargai pemberian ibu bapanya. Semoga sentiasa menjadi anak yang soleh dan membanggakan ibu bapa ye Ammar!

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!
aliff syukriAmmar Ahyandato aliff syukridato' sri aliff syukriqadejah el zahra
https://lomp.at/5tey7
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Diana Danielle Tak Benarkan Anak Lelaki Berlakon, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Bagi Muhammad Belajar Rajin-Rajin..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Pelakon, Diana Danielle membuat perkongsian bersama peminat mengenai hasrat anak lelakinya yang mahu menceburi industri seni untuk menjadi seorang pelakon....

Read moreDetails
Foto - weechuanchin (FB)
Lokal

[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee

by Nurul A.
February 24, 2026

Tak dinafikan apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kita berpeluang melihat penganut agama lain mencuba untuk berpuasa, termasuklah pempengaruh media sosial,...

Read moreDetails
Lokal

Puteri Balqis Bidas Mia Sara Beria Menangis Depan Wartawan?

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon remaja, Puteri Balqis tampil bersuara terhadap tindakan pelakon, Mia Sara Nasuha yang sebelum ini menangis di hadapan para wartawan...

Read moreDetails
Foto - @iqbaljamalulleil (IG)
Lokal

Kongsi Da’i Syed Sudah Bertaubat, Adik Tampil Mohon Maaf

by Nurul A.
January 26, 2026

Penyanyi Syed Iqbal Jamalulleil, iaitu adik kepada pendakwah bebas selebriti Da'i Syed baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka selepas...

Read moreDetails
HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara