Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

[VIDEO] British Accent Tengku Amir Shah Buat Rakyat Terlupa Apa Yang Baginda Sebenarnya Cakap

by Phic ARMAN
July 8, 2025
Share on Facebook

Di laman TikTok The International Malaysian, sebuah video temubual bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah baru-baru ini mencuri perhatian ramai. Dalam episod istimewa itu, Baginda berkongsi tentang peranan beliau sebagai Transformational Leadership Fellow di University of Oxford, serta bagaimana beliau mengasaskan Selangor Youth Community (SAY) untuk membangunkan anak muda di Selangor.

Banyak perkara menarik yang disentuh Baginda tentang inspirasi di sebalik SAY dan visi beliau untuk belia negeri ini. Tetapi yang jadi topik utama perbualan netizen… bukanlah tentang perancangannya, sebaliknya cara Baginda bertutur.

Rata-rata netizen memuji British accent Baginda yang begitu kemas ketika bercakap dalam bahasa Inggeris.

“Congrats, Tengku Amir. Your English has a slight touch of a British accent,” puji seorang pengguna TikTok.

Namun ada juga yang mempertikaikan kenapa keseluruhan temubual itu dilakukan dalam bahasa Inggeris, bukan Bahasa Melayu. Malah ramai yang mengaku mereka lebih fokus kepada loghat Baginda daripada isi perbualan itu sendiri.

“Semua komen pasal RMS cakap dalam English. Seorang pun tidak fokus pada apa yang dia cakap & apa yang beliau rancang untuk pemuda Selangor,” tulis seorang lagi netizen.

@theinternationalmsian

Today’s special episode, we have the Crown Prince of Selangor, His Highness, Tengku Amir Shah who is also a Transformational Leadership Fellow at @University of Oxford overs the inspiration behind @Selangor Youth Community and its role in youth development in Selangor. #theinternationalmalaysian #malaysiansabroad #kerjaabroad #fyp

♬ original sound – The International Malaysian – The International Malaysian

Untuk yang belum begitu mengenali, Baginda ialah putera tunggal dan anakanda bongsu kepada Sultan Selangor. Baginda juga mempunyai dua orang kakak sebapa, iaitu Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah. Dari segi pendidikan, Baginda menamatkan pengajian di Wellington College, United Kingdom pada tahun 2009, sebelum meneruskan pembelajaran dan pengalaman kepimpinan di pelbagai institusi termasuk University of Oxford.

Walau apa pun reaksi orang ramai, jelas sekali karisma dan cara komunikasi Tengku Amir Shah berjaya menarik perhatian. Semoga usaha beliau melalui Selangor Youth Community terus memberi manfaat kepada generasi muda, dan selepas ini lebih ramai yang fokus kepada mesej penting yang beliau sampaikan, bukan hanya kepada loghatnya yang sedap didengar.

[VIDEO] Rakyat Teruja Lihat Isteri Raja Muda Selangor Yang Sangat Peramah & Merendah Diri
Raja Muda SelangorSelangor Youth CommunityTengku Amir ShahTengku Zerafina
https://lomp.at/gadwf
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara