Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

[VIDEO] Cara Tengku Permaisuri Selangor ‘Lipat Napkin’ Raih Pujian Rakyat!

by Jash Lee
July 10, 2025
Share on Facebook

Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016 dalam satu majlis tertutup di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Pasangan diraja tersebut telah berbincang terlebih dahulu bahawa mereka ingin majlis itu diadakan secara privasi dan bersederhana, yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan. Baginda juga memandu sendiri ke masjid tanpa pengiring diraja, sambil memakai pakaian kerjanya dan hanya menukar pakaian perkahwinannya di sana. 

Daripada perkahwinan sebelumnya dengan seorang juruterbang Etihad Airways, Mustapha Kamal Halim, baginda mempunyai dua orang anak iaitu seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki, masing-masing bernama Nur Amanda dan Adam Salleh.

“Tak Sangka Baginda Permaisuri Ada Bakat Melipat Serviette Tu”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @nona.my yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 37 ribu, tanda suka sebanyak 615 dan sebanyak 20 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Noraskhikin berkenan berangkat menyerikan majlis sambil mempelajari ilmu menata meja makan dan menyaksikan peragaan busana mempelai rekaan Calvin Thoo yang serba Indah itu.

@nona.my

Dalam nuansa mewah The Garden Room di Shangri-La Kuala Lumpur, bersemarak sebuah acara berprestij, ‘The Garden Soiree’ oleh perancang perkahwinan terkemuka, Reka Teemor. DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat menyerikan majlis, sambil mempelajari ilmu menata meja makan dan menyaksikan peragaan busana mempelai rekaan Calvin Thoo yang serba indah, dalam suasana majlis yang digarap bagaikan taman kayangan. Terserlah jua bakat terpendam Tengku Permaisuri Selangor ketika melipat napkin, rupanya Baginda Permaisuri memang peminat seni dan suka menghias rumah! Cukup menginspirasikan, menjunjung kasih Tuanku. Video penuh saksikan di YT & FB Majalah Nona ✨ @REKA TEEMOR @shangrilakl #majalahnona #wanita #inspirasiwanita

♬ Romantic Saxophone – AndyWarner

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga memuji cara baginda melipat kain napkin tersebut kerana kelihatan sangat kemas seperti di hotel terkemuka dunia. Tambah mereka lagi, mereka  juga baru mengetahui bahawa Baginda Permaisuri sememangnya peminat seni dan amat gemar menghias rumah dan perkara itu sangat menginspirasikan ramai orang.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
DYMM Tengku Permaisuri SelangorTengku Permaisuri Hajah Norashikin
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  2. 2

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  3. 3

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  4. 4

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  5. 5

    Aisar Khaled Mahu Bantu Pembantu Rumah Dera Anak Majikan, Wak Doyok Beri Pesanan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara