Wednesday, August 6, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Siap Puji PM! Selepas Mak Cik Kiah, Cik Yah Pula Curi Perhatian Netizen

Cik Yah turut berseloroh mempelawa Ismail untuk bersiar-siar di kampung halamannya dengan memboceng motosikal.

by Khai Azfar
September 7, 2021
26
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika sebelum ini, ‘Mak Cik Kiah’ mencuri perhatian ramai apabila bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sering kali menyebut namanya di dalam perucapan khas, kini ‘tempias’ yang hampir sama terpalit pada pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Cik Yah.

Gelagat Cik Yah Buat Netizen Terhibur 

Sohor di laman Instagram dengan hanya menunjukkan video animasi, Cik Yah yang mempunyai 47 ribu pengikut di laman Instagram turut mencuit hati ramai menerusi video terbaharunya yang seronok dengan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) fasa satu yang mula diterima rakyat Malaysia, semalam.

Dalam hantaran yang kini mendapat lebih dari 15,000 tontonan, Cik Yah turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang disifatkannya sebagai pantas dalam menjalankan tugas biarpun baru sahaja menggalas tanggungjawab tersebut dalam tempoh kurang sebulan.

“Terima kasih Cik Yah ucapkan kepada PM atas bantuan diberikan. Dapatlah kami ‘topup’ barang dapur yang serba berkurang ini.

“Kurang sebulan bergelar PM, cepat betul PM buat kerja. Tak tunggu lama untuk beri bantuan fasa satu kepada rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

“Yang penting kerajaan menitikberatkan nilai ‘Keluarga Malaysia’,” tulisnya.

Ajak Ismail Sabri Bonceng Motorsikal 

Rata-rata komen yang ditinggalkan warganet mengakui mereka begitu terhibur dengan video tersebut apata lagi Cik Yah menyatakan keinginannya untuk muat turun semula aplikasi Shopee selepas dipadam kerana boros berbelanja. Di kesempatan itu, Cik Yah turut berseloroh mempelawa Ismail untuk bersiar-siar di kampung halamannya dengan memboceng motosikal.

https://www.instagram.com/p/CTevakglxN9/

Selain Ismail, Cik Yah juga memuji ketampanan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang hadir ke Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Putrajaya bagi meninjau situasi semasa hari pertama pembayaran BKC kepada para penerima.

Sebagai info, Ismail telah mengumumkan BKC akan dibayar secara berperingkat dengan bayaran fasa satu dikreditkan mulai 6 September dan dijangka selesai pada 10 September, dengan dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.

Cik Yahdatuk seri ismail sabri yaakob
https://lomp.at/gpaxe
Share10Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

  2. 2

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  3. 3

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  4. 4

    Uqasha Tepis Dakwaan Gelaran ‘Datuk’ Adik Ipar Dibeli, Dedah Status Kerabat & Sumbangan Hartanah

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem