Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

[VIDEO] Curi Perhatian, Gerak Langkah Puteri Ameerah Penuh Jadi Bualan Netizen

Vibe seorang puteri raja terserlah sangat, cantik sungguh macam ibundanya

by Arsiqin Yusof
April 2, 2025
98
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika sebelum ini tular mengenai penampilan Putera Wakeel, kini adindanya menjadi perhatian apabila memperlihatkan diri yang semakin dewasa dan anggun. Melalui perkongsian @farahjasminemyud, memperlihatkan Puteri Sultan Brunei, Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah hadir di Daerah Temburong, mewakili pemberian kurniaan peribadi yang dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 19 Mac yang lalu.

@farahjasminemyud

so prettyy? #princessameerahwardatulbolkiah #puteriameerah #princessameerah #brunei #royalfamily #royalbrunei #fyp #fyppage

♬ suara asli – farah | myud | dhira? – farah | myud | dhira?

Apa yang hangat menjadi bualan adalah kejelitaan dan keanggunan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah atau mesra dikenali sebagai Puteri Ameerah. Rata-rata netizen memuji penampilannya yang cantik dan anggun serta cara berjalannya memang menonjolkan diri sebagai seorang puteri raja, Ramai juga netizen yang menyatakan persamaan dengan ibunya, bekas pengacara TV3 dan wartawan Azrinaz Mazhar Hakim.

“Cantik sungguh, ayu je”

“Vibe seorang puteri raja terserlah sangat”

“Gerak langkah penuh elegan”

“Sangat cantik dan menawan puteri Brunei ni”

“Cantiknya tuanku, sopan sangat”

“Copy paste ibunya, cantik!”

“Lawa kan princess persis ibunya macam model”

“Semakin cantik mewarisi ibunya…”

Puteri Ameerah yang dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada 28 Januari 2008 merupakan anak ke-12 Sultan Brunei dan bongsu baginda bersama bekas isterinya, Azrinaz. Azrinaz berkahwin dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada 20 Ogos 2005, dan dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Ameerah, 17, dan abangnya, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 19. Azrinaz bergelar isteri kedua kepada Sultan Brunei itu pada tahun 2005, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama lima tahun dan bercerai pada 2010.

Perkongsian daripada bekas personaliti televisyen itu juga mencuri tumpuan netizen baru-baru ini. Menerusi muat naik di Instagram, Azrinaz menitipkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat puteri sulungnya itu. Dalam hantaran itu, Azrinaz menitipkan ucapan dan doa selain meluahkan rasa rindu terhadap puterinya.

“In a league of your own, your beauty never ceases to amaze. Soar high, my world’s favourite Princess. I’m endlessly proud to call you mine”

Apa-apa pun tidak dapat dinafikan kecantikan Puteri Ameerah memang jelas mencerminkan diri sebagai seorang puteri raja. Selain gaya dan penampilan, kita juga dapat lihat perwatakan lemah lembut dan sopan santun baginda mampu menawan hati sesiapa sahaja yang  melihat.

Putera Mateen & Anisha Berbulan Madu di Venice? Momen Sweet Ini Buat Netizen Cair
azrinaz mazharbruneiputeri raja
Share39Tweet25SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem