Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026
Share on Facebook

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul Raya Yay Yay, sebuah naskhah penuh energi dan menghiburkan. Mendengarkan sahaja bait-bait lirik yang terkandung di dalam naskhah ini, pastinya ingatan besar sebahagian daripada kita kembali terkenangkan kemeriahan menyambut lebaran sewaktu zaman kanak-kanak.

Lagu yang merupakan terbitan FYP Media merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Iqie Hugh, Omar K dan John Jeeves ini sudah dilancarkan secara rasmi sejak 27 Februari yang lalu.

Menariknya, gandingan pertama kali antara Dafi, Ryan dan Farel bukan sahaja dilihat sebagai satu eksperimen yang menjadi, tetapi juga meninggalkan memori yang manis buat semua.

Menurut Dafi, pastinya dia gembira dapat meraikan kehadiran Syawal kali ini dengan sebuah naskhah baharu bersama kedua-dua penyanyi yang lain.

“Sebenarnya rakaman lagu ini dilakukan secara tidak sengaja, Apabila pihak pengurusan FYP Media menawarkan peluang untuk berganding bersama dengan Ryan dan Farel, ini merupakan peluang yang baik untuk saya.

Saya sendiri belum pernah bergandingan dengan kedua-dua mereka dan banyak perkara baharu yang saya lalui sepanjang proses rakaman berlangsung,” ujar Dafi.

Berlainan pula dengan Ryan yang menyifatkan lagu ini sangat kena dengan jiwanya yang sentiasa ceria dan gembira dan dalam masa yang sama mahu menyebarkan semangat positif kepada semua.

“Hari Raya selalu digambarkan dengan kemeriahan dan keseronokan berkumpul bersama saudara-mara dan sahabat handai. Kemeriahan itulah yang diterjemah oleh pencipta lagu ini ke dalam karya kali ini. Semangat itu jugalah yang kita cuba gambarkan yang ada menerusi muzik video lagu ini.

Kalau boleh saya mahu semua orang menyambut lebaran dengan suasana ceria dan gembira. Aidilfitri bukan satu pertandingan. Kita semua harus nikmati dengan sejuta keinsafan dan menghargai apa yang sedang dinikmati hari ini,” ungkap Ryan pula

Bagi Farel pula, peluang untuk merakamkan lagu Raya Yay Yay merupakan satu peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan memandangkan ini merupakan lagu raya pertamanya sepanjang bergelar anak seni.

“Saya belum pernah menghasilkan lagu raya memandangkan di Indonesia fokus lagunya lebih kepada bulan Ramadan. Apabila diberikan peluang, pastinya saya tidak mahu lepaskan. Semoga Raya Yay Yay mendapat sambutan baik daripada pendengar sama ada di Malaysia mahupun Indonesia,” kata anak kelahiran Banyuwangi, Indonesia

Jelasnya, dia menyifatkan lagu ini sebagai sebuah naskhah yang sedikit sukar untuk dilaksanakan sepanjang proses rakaman berlangsung memandangkan penggunaan kosa kata yang begitu asing.

“Ada beberapa perkataan saya tidak faham tetapi lucu. Sebab itu saya gembira dapat sama terlibat dalam projek ini memandangkan banyak perkara baharu yang dipelajari,” tambahnya lagi

Sebagai rekod, Raya Yay Yay sudah dilancarkan secara rasmi pada 27 Februari lalu dan muzik video Raya Yay Yay boleh ditonton menerusi YouTube Indigital Music mulai 6 Mac.

Dafi Pernah Ambil Ubat Kurus, Fobia Selepas Diejek Kerana Berat Badan
YouTube video
dafifarel prayogaryan bakery
https://lomp.at/zh0j7
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Bollywood

VIDEO Wajah Terkini Aktres Bollywood Buat Ramai Terdiam, Rani Mukerji Paling Mengejutkan

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Sebuah video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @bollywood_deo baru-baru ini menarik perhatian peminat Bollywood apabila memaparkan wajah terkini pelakon...

Read moreDetails
Foto - @elyanaofficial1 (IG)
Lokal

“Jangan Ejek Rasa Sakit Yang Belum Pernah Kau Rasakan”- Elyana Emrizal

by Nurul A.
February 5, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia semalam. penyanyi Elyana Emrizal telah mencuri perhatian orang ramai apabila berkongsi hantaran penuh makna...

Read moreDetails
Lokal

Intan Najuwa Diganggu Selama Berbulan-Bulan Oleh Seorang Lelaki, Tampil Buat Laporan Polis!

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sering diganggu sehingga pernah membuat panggilan di pejabat Polo Club, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan...

Read moreDetails
Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara