Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

[VIDEO] Dato Seri Vida Sebak Lihat Langit Tertulis Kalimah Allah-“Tu Rumah Wakaf…”

by Jash Lee
July 14, 2025
Share on Facebook

Dato’ Seri Dr. Hasmiza Othman, atau lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida (DSV), lahir pada 24 Oktober 1971 di Kelantan, Malaysia. Beliau adalah usahawan, penyanyi, pelakon, dan pengacara terkenal yang mengasaskan Vida Beauty Sdn. Bhd. pada 2006, sebuah syarikat kosmetik dan kesihatan yang terkenal dengan produk seperti Qu Puteh dan Pamoga.

DSV menerima gelaran Dato’ Sri melalui Darjah SSAP pada 2014. Sebelum menjadi usahawan, beliau berkhidmat sebagai guru Bahasa Melayu selama 12 tahun. Dikenali dengan gaya flamboyan dan strategi pemasaran unik, beliau juga melancarkan single sulung “I Am Me” pada 2017.

Walaupun menghadapi pelbagai kontroversi, DSV kekal sebagai ikon inspirasi dengan empayar perniagaan yang berkembang di Malaysia, Brunei, dan Singapura.

“Hikmah Disebalik Tak Bawa Kunci, Dapat Lihat Tulisan Kalimah Allah”-Netizen

Baru-baru ini, tular dua video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @kamal.kimie yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 265 ribu, tanda suka sebanyak 4,785 dan sebanyak 155 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Dato Seri Vida yang menangis teresak esak menceritakan apa yang dihadapinya itu. Dato Seri Vida memberitahu bahawa beliau pergi ke rumah yang ingin diwakafkannya untuk pengajian hafaz quran dan penulisan quran untuk kaum wanita, namun beliau tidak dapat memasuki rumah tersebut kerana terlupa untuk membawa kunci.

Namun asbab beliau terlupa membawa kunci, Dato Seri Vida berpeluang melihat tulisan kalimah Allah di langit pada rumah tersebut dan membuatkan keputusan untuk mewakafkan rumah tersebut adalah perkara yang terbaik yang dilakukannya.

@kamal.kimie

Comment Part 2 kalau nak tengok apa yang DSV record masa 1 pagi di depan rumah Baitul Nurly Jannah #datosrivida #viral #fyp

♬ original sound – kamal kimie – kamal kimie

@kamal.kimie

PART 2 #fyp #datoserivida #viral

♬ original sound – kamal kimie – kamal kimie

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa jika sesiapa pun yang berada di tempat Dato Seri Vida pasti akan menunjukkan reaksi yang sama.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

[VIDEO] "Yang Pernah Kehilangan Anak Akan Faham Sakitnya..." - DSV Lawat Keluarga Arwah Nurly Syahirah
Baitul Nurly Jannahdato seri vidadsv
https://lomp.at/m7bel
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  4. 4

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  5. 5

    [VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara