Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

[VIDEO] Elak Kena Serangan Jantung Ketika Sambut Lebaran, Ini Nasihat Dari Dr Malar

by Phic ARMAN
April 17, 2023
Share on Facebook

Pada hari Sabtu yang lalu, sebuah majlis berbuka puasa anjuran bersama Lifebuoy, Watsons, dan HOPE worldwide Malaysia telah diadakan bersama 40 keluarga kelompok B40 di di Rumah Tamu Datin Halijah, Sentul.

Mendidik sambil beramal, jenama sabun perlindungan kuman nombor satu dunia, Lifebuoy memanfaatkan Ramadan yang mulia dengan menjalankan kempen kesedaran berkaitan kepentingan amalan kebersihan diri sambil membantu golongan memerlukan.

Setiap keluarga menerima pek penjagaan diri, merangkumi gel mandian dan pencuci tangan Lifebuoy, syampu Love Beauty and Planet serta produk penjagaan kesihatan sumbangan Watsons.

Selain itu, kempen kesihatan mengenai amalan mencuci tangan yang betul, program celik kewangan dan ceramah kesihatan disampaikan oleh pegawai perubatan, Dr Malar Santhi turut diadakan pada majlis berkenaan.

Nasihat Dr Malar

MURAI MY mengambil kesempatan  menemuramah Dr Malar bagi mendapatkan nasihat kepada umat Islam tentang kesihatan diri perlu dijadikan fokus ketika menikmati juadah raya, termasuk apabila mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri.

Sepanjang perayaan tersebut, ada yang menikmati juadah berkalori tinggi seperti lemang, rendang, kuah kacang, kuah lodeh dan banyak lagi tanpa mengawal atau menghadkan pengambilan kerana terlalu teruja beraya.

Dr Malar berpesan kepada semua agar tidak makan secara berlebihan kerana ia boleh menjadi penyebab serangan sakit jantung, tonton video di bawah;

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Dr. Malar ialah seorang pegawai perubatan di Malaysia berbangsa India dan beragama Hindu. Beliau mula dikenali di Malaysia apabila petah berkongsi pelbagai maklumat berkaitan pandemik COVID-19, vaksin dan masalah kesihatan menerusi laman sosial dengan penggunaan bahasa Melayu yang fasih. Dengan menggunakan nama “Celoteh Dr Malar” di laman media sosialnya, beliau turut dijemput menjadi tetamu dan jurucakap di pelbagai acara termasuk media arus perdana di Malaysia seperti Bernama dan TV .

https://lomp.at/kmx5l
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  5. 5

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara