Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

[VIDEO] Faizal Tahir Cipta Sejarah Di Hari Kebangsaan Ke-61

by Phic ARMAN
August 31, 2018
Share on Facebook

Wow! Siapa sangka penyanyi, komposer dan penerbit tersohor Faizal Tahir telah menjadi artis lelaki pertama yang membuat persembahan di Acara Perbarisan Hari Kebangsaan yang telah diadakan di Putrajaya sebentar tadi.

https://www.instagram.com/p/BnIVrT4DXNP/?taken-by=faizal_tahir

Faizal Tahir mempersembahkan lagu Malaysia dihadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali berserta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suami beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Menteri-Menteri Kabinet. Bertemakan Sayangi Malaysiaku, sambutan Hari Kebangsaan menyaksikan empat komponen utama perarakan yang terdiri daripada kenegaraan, ketenteraman awam, keselamatan negara dan rakyat bersepadu.

“Alhamdulillah, terima kasih Malaysia untuk peluang sekali seumur hidup yang amat bermakna ini. Saya berasa rendah hati dan bangga kerana telah diberi keistimewaan untuk tampil membuat persembahan di hadapan pemimpin negara kita. Selamat Hari Kebangsaan Malaysia!” sedikit ulasan dari Faizal Tahir sendiri.

Dijangka seramai 300,000 orang rakyat berbilang kaum terutamanya di sekitar Putrajaya dan Lembah Klang termasuk negeri-negeri lain serta pengunjung luar negara hadir bagi menunjukkan semangat kemerdekaan dengan tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan acara bersejarah tersebut.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
faizal tahirhari kebangsaanmerdekasejarahWarner Music Malaysia
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara