Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

[VIDEO] Gara-Gara Dialog Kontroversi Dalam ‘Tempest’, China Boikot Gianna Jun

by Nurul A.
September 25, 2025
Foto - The Straits Times

Foto - The Straits Times

Share on Facebook

Siri drama baharu di Disney+ iaitu ‘Tempest’, yang dibintangi oleh aktres Korea Selatan iaitu Gianna Jun telah mencetuskan kemarahan yang cukup besar di kalangan netizen China.

Siri drama itu didakwa telah menghina China dengan menggambarkan negara itu sebagai “memihak kepada perang” dan “memburukkan” salah satu bandar utamanya.

View this post on Instagram

A post shared by 디즈니+ 코리아 (@disneypluskr)

Untuk pengetahun semua, ‘Tempest’ adalah sebuah drama Korea Selatan yang diarahkan oleh Kim Hee Won. Gianna Jun atau turut dikenali dengan nama Jun Ji Hyun, telah memegang watak Seo Mun Ju iaitu seorang calon presiden yang menyiasat kebenaran di sebalik serangan maut yang mengancam kestabilan semenanjung Korea.

@twt_unleashed

Jun Ji-hyun’s drama Tempest has stirred controversy in China. In Episode 4, her character asks, ‘Why does China prefer war?’ sparking online protests, with netizens calling the line insulting and criticizing the portrayal of Dalian, a mispronounced Tang poem, and other imagery seen as negative toward China. Some fans called for boycotts, and brands she models for reportedly pulled ads amid the uproar.

♬ original sound – TWT UNLEASHED

Kontroversi itu bermula apabila episod keempat ‘Tempest’ ditayangkan. Dalam salah satu adegan dalam episod itu, Seo Mun Ju (Gianna Jun) telah mempersoalkan, “Mengapa China suka perang?” dan, “Tidak masuk akal apabila bom nuklear boleh jatuh di sempadan Korea dan China”.

Dialog pendek itu tular di media sosial dan telah membuatkan netizen China merasakan siri itu dalam diam telah menghina serta memburukkan imej negara tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by 디즈니+ 코리아 (@disneypluskr)

Memandangkan Gianna mempunyai peminat dan rating tertinggi di China, ramai peminatnya menyatakan bahawa insiden ini telah mengubah persepsi mereka mengenainya.

Kontroversi itu menjadi lebih teruk apabila ‘Tempest’ telah mencipta satu adegan palsu berlatarkan Dalian, sebuah bandar terkemuka di China. Adegan tersebut telah menggunakan cahaya malap, didakwa sengaja mahu gambarkan bandar China secara negatif.

View this post on Instagram

A post shared by 디즈니+ 코리아 (@disneypluskr)

Hanya kerana dialog pendek itu, rakyat China mengancam untuk memboikot aktiviti komersial Gianna Jun. Beberapa jenama global, termasuklah Louis Vuitton, Piaget dan La Mer dilaporkan telah mengalih keluar iklan yang menampilkan Gianna daripada akaun Weibo rasmi.

Sehingga ke hari ini pihak produksi ‘Tempest’ mahu pun Gianna Jun masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kontroversi tersebut.

Peluang Emas Naik Disney Cruise Bersama Shah Rukh Khan
ChinaDisneygianna junJun Ji Hyuntempest
https://lomp.at/u5ci8
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Hajat Terakhir Eric Dane Yang Menyayat Hati

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Pada 19 Februari, dunia hiburan kehilangan bintang Grey's Anatomy itu selepas hampir setahun berjuang melawan amyotrophic lateral sclerosis (ALS). Beliau...

Read moreDetails
Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Lokal

Nadia Annuar ‘Sekolah’ Netizen Yang Minta Perempuan ‘High Maintenance’ Untuk Kekal ‘Single’-“Kau Ingat Kiteorang…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pengacara, Nadia Annuar menyelar komen netizen yang menyifatkan para wanita 'high maintenance' untuk kekal bujang sehingga selamanya. "Perempuan yang high...

Read moreDetails
Foto - @kellyclarkson (IG)
Hollywood

Kena Tipu? Kelly Clarkson Akui Tak Pernah Hadiah Kereta Selepas Menang American Idol

by Nurul A.
March 13, 2026

Penyanyi dan penulis lagu, Kelly Clarkson mendedahkan bahawa dia tidak pernah menerima kereta yang dijanjikan kepadanya selepas memenangi rancangan pencarian...

Read moreDetails
Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara