Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

[VIDEO] Gelagat Fadhlina Sidek Fasih Bercakap Bahasa Arab Buat Ramai Terkejut

by Phic ARMAN
January 22, 2026
31
KONGSIAN
Share on Facebook

MURAI selalu kata, bahasa Arab bukan sekadar bahasa, tapi jambatan ilmu dan budaya. Boleh faham, boleh bercakap, kita bukan saja dapat akses ilmu agama dan sejarah, tapi juga lebih mudah berhubung dengan masyarakat seagama di seluruh dunia. Jadi bila MURAI ternampak video ini, terus rasa kagum!

MURAI baru je ter-scroll video viral TikTok akaun Ero76, terus terhenti sekejap bila nampak Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, sedang fasih berbahasa Arab dengan sekumpulan pelajar. Memang MURAI pun terkejut tengok.

VIA FB Fadhlina Sidek

Dalam video tu, pelajar dari Universiti Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) di Perlis nampak agak speechless bila disapa dalam bahasa Arab. MURAI boleh bayangkan reaksi mereka, mulut terkumat-kamit cuba jawab, mata melilau.

Netizen pun tak terkecuali bagi komen, semua positif. Ada yang tulis,

“Dia sekolah universiti Mesir, dia bekas hakim mahkamah Syariah serta pensyarah di universiti Islam.”

Ada juga yang kata, “Alhamdulillah… bagusnya boleh berbahasa Arab… mana yang baik kita sokong dan raikan walaupun berbeza pandangan, apatah lagi kita ni saudara seagama.” MURAI rasa, memang respect betul tengok menteri kita macam ini, humble tapi power ilmu!

Kalau nak tahu sikit background Fadhlina, beliau start dari Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih, lepas tu sambung ke Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Batu 10, Hulu Langat pada tahun 1994. Kemudian, Fadhlina terus ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan dapat LLB + LLB Syariah pada 2002. Tak berhenti situ, sambung lagi dapat LLM dari UKM pada 2008. Memang ilmu dia mantap, no wonder boleh berbahasa Arab dengan lancar!

@ero__76

Terkejut kami perlajar unisiraj ketika disapa oleh menteri pendidikan dalam bahasa arab#kpm #unisiraj #unisirajdihati

♬ original sound – PPU – PPU

Sebelum menceburi bidang politik, Fadhlina aktif sebagai aktivis dan peguam, menumpukan kepakaran dalam bidang undang-undang kekeluargaan Islam dan kebajikan kanak-kanak. Beliau juga mengasaskan firma guamannya sendiri, Tetuan Fadhlina Sidek & Associates. Memang nampak jelas beliau bukan calang-calang orang, pengalaman luas, ilmu mantap, terus ke politik dengan aura yang mengagumkan.

MURAI cuma nak kata, respek habis! Sesekali tengok menteri kita macam ini memang buat kita rasa bangga, bukan sebab politik, tapi sebab ilmu dan cara beliau bawa diri. Kalau jumpa, jangan lupa ucap salam Arab ye!

Fadhlina Sidek
https://lomp.at/9py5e
Share12Tweet8SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Haris Ismail Beri Teguran ‘Pedas’ Kepada Netizen, Tapi Tak Pasal-pasal Kena Balik Nasihat

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Di media sosial sekarang, semua benda boleh jadi bahan ulas. Belum sempat isu reda, muncul pula “pendakwah keyboard” yang rasa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

[VIDEO] Putera Mateen Timang Puteri Sulung, Istilah ‘Meluaran’ & Cara Umum Macam Raya Curi Tumpuan

by Phic ARMAN
February 9, 2026

MURAI rasa ramai yang senyum sendiri bila dengar berita gembira dari Brunei ini. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran...

Read moreDetails
via Thread /@coffeelovers_my
Sosial Buzz

Roti Hotdog Bazar Ramadan Berkulat, Anak 3 Tahun Sempat Makan

by Naja Nix
March 5, 2026

Anak Dah Termakan, Ibu Serba Salah Antara Tegur, Lapor Atau Berdiam Diri Musim Bazar Ramadan memang meriah setiap tahun dengan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

5 Kata-kata Tareq Fit Yang Buat Netizen Naik Angin Tapi ‘Engagement’ Tetap Tinggi

by Phic ARMAN
February 25, 2026

Nama Tareq Fit bukan datang dari dunia hiburan. Bukan pelakon, bukan penyanyi, bukan juga influencer besar. Tapi sejak aktif bercakap...

Read moreDetails
Insentif

RM600 Sekali Gus, Nafas Lega Buat Pemandu Teksi & Bas Sekolah Pulau Pinang

by Ayu Kamaruddin
January 13, 2026

Dalam senyap tanpa banyak publisiti, Kerajaan Pulau Pinang terus konsisten menjaga kebajikan golongan yang menjadi nadi pergerakan harian rakyat iaitu....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara