Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

[VIDEO] Hael Husaini & Nadeera Zaini Curi Hati Penonton Di 29th Asian TV Awards!

by Naddy Joe
December 4, 2024
Share on Facebook

Hael Husaini dan Nadeera Zaini yang merupakaan artis naungan Rocketfuel Entertainment telah mencipta detik bersejarah dengan melakukan persembahan yang berjaya menambat hati penonton di Asia khususnya di Anugerah Televisyen Asia ke-29 (29th Asian TV Awards) yang diadakan pada 29 dan 30 November 2024 di Jakarta, indonesia.

Lebih membanggakan, kedua-dua artis ini menerima permintaan istimewa daripada Indosiar dan penganjur Asian TV Awards untuk membuat persembahan tambahan pada malam kedua.

Pada mulanya, Hael Husaini dan Nadeera hanya perlu menyanyikan dua buah lagu di Asian TV Awards yang ke-29, namun setelah melihat persembahan memukau mereka pada hari pertama, pihak Indosiar & Asian TV Awards telah menemui pihak Rocketfuel Entertainment dan memohon agar Hael Husaini dan Nadeera melakukan persembahan tambahan pada malam anugerah utama 30 November 2024.

View this post on Instagram

A post shared by HH (@haelhusaini)

Selain mendapat sorakan gemuruh daripada penonton di studio, persembahan mereka turut menerima pujian daripada media antarabangsa dan penggiat seni dari negara-negara lain yang hadir pada acara tersebut.

Dengan siaran langsung yang disaksikan oleh hampir 500 juta penonton dari seluruh Asia, persembahan Hael Husaini dan Nadeera Zaini di Anugerah Televisyen Asia ke-29 telah mengukir nama mereka dalam sejarah hiburan serantau dan membuka pintu untuk lebih banyak peluang untuk mereka bergerak maju di masa depan.

View this post on Instagram

A post shared by Official _Nadeera (@official_nadeera)

Antara selebriti Asia yang ada di Anugerah Televisyen Asian yang ke-29 ini (Asian TV Awards) ialah Luna Maya, Raffi Ahmad, Tony Gapa, Robby Purba & Louise Hesse selaku pengacara dan juga bintang popular lain iaitu Lesti Kejora, Wulan Guritno, Rina Nose, Putri Ariani dan ramai lagi.

Anugerah Televisyen Asia (Asian TV Awards) merupakan acara tahunan yang mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam industri televisyen Asia. Acara ini merangkumi pelbagai kategori termasuk drama terbaik, pelakon terbaik, pengarah terbaik, dan persembahan muzik terbaik, dengan penyertaan dari lebih 20 negara di seluruh rantau Asia.

Panggilan Manja Siti Nurhaliza Buat Datuk K, Peminat Teruja!
hael husaininadeera zaini
https://lomp.at/9lss5
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Rumah Idaman Bukan Lagi Angan! Ini Fakta Skim HDRAS Sarawak Yang Ramai Tak Tahu

by Ayu Kamaruddin
March 19, 2026

Impian nak ada rumah sendiri kadang-kadang terbantut sebab satu perkara iaitu deposit. Tapi berita baik untuk rakyat Sarawak, kini ada...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Foto - @missfazura (IG)
Lokal

Netizen Tersentuh Dengan Pesanan Fazura- “Kawal Diri Daripada Perbuatan Buruk”

by Nurul A.
March 4, 2026

Pelakon Fazura mencuri perhatian ramai sekali lagi apabila berkongsi luahan panjang yang penuh dengan makna di platform Threads. Berdasarkan pemerhatian...

Read moreDetails
Lokal

Che Ta Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahirnya Yang Ke-53-“Forever Young Laa Hampaa”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik hantaran...

Read moreDetails
Lokal

Fazley Yaakob Puji Sikap Khairul Aming Ketika Datang Ke Restorannya-“Tak Ada Angin Sombong, Tak Ada Ego..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memuji sikap personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming yang sangat baik dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara