Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Destinasi

[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands

Kabus tebal yang menyelimuti puncak Genting Highlands kali ni bukan sekadar sejuk dan berkabus tetapi penuh vibes misteri dan seram.

by Zaidin Albert
October 21, 2025
Share on Facebook

Resorts World Genting kembali lagi dengan festival tahunan paling menyeramkan, Halloween Haunted Highlands 2025 yang berlangsung dari 10 Oktober hingga 9 November.

Selama sebulan penuh, kawasan pergunungan sejuk ini akan bertukar menjadi dunia ghaib yang padat dengan mitos, budaya Timur-Barat dan pelbagai pengalaman seram yang bakal menguji keberanian korang.

Gohtong Way Bertukar Menjadi Laluan Mistik

Ketika senja berlabuh, Gohtong Way diselubungi cahaya tanglung merah berkelipan dan labu berwajah ngeri. Di setiap sudut, jaring labah-labah, patung hantu, dan aroma misteri udara pergunungan mewujudkan suasana seram yang memukau.

Inilah laluan ke Jambatan Jiwa Sesat, pintu masuk ke alam sumpahan Meng Po, penjaga dunia bawah tanah. Di sinilah pengunjung akan ‘diuji’ oleh Eliksir Pelupa, kononnya penentu nasib sama ada mereka bakal menyeberang ke dunia manusia atau kekal di Alam Sana.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Rumah Hantu Dengan Kisah Cinta Terlarang

Kemuncak festival ni pastinya Rumah Hantu Haunted Highlands, yang pastinya tahun ini muncul dengan tema baharu, kisah cinta terlarang dan pengantin yang hilang. Terletak di Crazy 88s Cocktail Den, rumah hantu ni bukan sekadar lorong gelap penuh jeritan, tatapi sebuah misi menyingkap misteri yang perlu diselesaikan.

Dengan sekeping kad jemputan, pengunjung perlu mencari petunjuk untuk menyatukan dua jiwa malang itu atau dihukum merayau dalam kegelapan buat selama-lamanya.

Bonediddy & Karnival Misteri Yang Hidup Bila Malam!

Belum cukup seram? Bersiap sedia untuk berjumpa dengan Bonediddy, si pengusik maut yang menjadi ‘ikon’ festival tahun ini. Senyum serong dengan tawa mengerikan, watak ini berkeliaran mencari ‘mangsa’.

Sepanjang festival, kawasan sekitar bertukar jadi karnival misteri yang penuh makanan bertema Halloween, muzik dan pertunjukan jalanan.

Antara hidangan wajib cuba termasuk Haunted Vampire Beef Burger, Spider Web Pumpkin Soup dan Ayam Mini Bloody Hell Spices di Trattoria Il Lago. Tidak lupa dengan minuman eksklusif seperti Zombie Bite dan Haunted Night Cocktail atau moktel Meng Po Tang.

Kalian jangan lepaskan peluang!

Persembahan Seram, Makeup Booth Menjadi Tarikan Eksklusif!

Menjelang malam, suasana makin meriah dengan Dead Man March-ing persembahan jalanan penuh muzik, tarian dan aksi menyeramkan.

Setiap khamis hingga sabtu, pengunjung akan disajikan dengan show berbeza dari teater seram hingga aksi live performance yang buat bulu roma berdiri!

Untuk kalian yang nak transform masuk dunia seram sepenuhnya, ada juga ruang solekan bertema Halloween dan ruang foto seram khas. Siap ada barangan edisi terhad untuk korang bawa balik sebagai kenangan.

Kalau jenis sukakan cabaran pula, jangan lepaskan peluang untuk cuba tarikan eksklusif Planet of the Apes, Independence Day: Defiance, dan ESD Global Defender yang dibuka dari jam 6 petang hingga 9 malam setiap Khamis hingga Sabtu.

Menariknya, masuk kawasan festival ni percuma dengan akses mudah melalui SkyAvenue Gateway, Zouk Atrium, Park Avenue Lounge dan Arena of Stars.

Untuk info lanjut, layari rwgenting.com atau follow media sosial rasmi Resorts World Genting.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Haunted HighlandsResorts World Genting.
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Le Méridien Putrajaya
Hotel

Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

by Nurul A.
August 20, 2026

Le Méridien Putrajaya menandakan ulang tahun ke-10nya dengan koleksi tawaran penginapan dan santapan terhad dari Ogos hingga September ini. Diinspirasikan...

Read moreDetails
Foto - Star Voyager
Destinasi

StarCruises Kembali ke Hong Kong bersama Star Voyager untuk Percutian Pelayaran Musim Luruh

by Nurul A.
July 19, 2026

StarCruises bawa kembali musim percutian pelayaran ke Hong Kong apabila Star Voyager kembali dari 30 September hingga 13 November 2026....

Read moreDetails
Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara