Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

by Naddy Joe
December 24, 2025
1.7k
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi, pelakon, dan usahawan, Datuk Ifa Raziah berkongsi rasa sebak apabila terpaksa berpisah dengan pembantu rumahnya yang kembali ke kampung halamannya di Indonesia untuk mendirikan rumah tangga..

Kongsi Ifa di Instagram, pembantu rumahnya yang bernama Linda itu telah berkhidmat selama 16 tahun itu bukan sekadar berkhidmat, malah dia juga menjadi tulang belakang keluarganya.

“Bayangkan dah hidup bersama orang yang kita sayang selama 16 tahun…tiba2 bangun pagi, orang tu hilang dari hidup kita…itulah Linda…akhirnya pulang ke Indonesia setelah 16 tahun berkhidmat dengan saya.
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan ❤️.

16 tahun bukan masa yang singkat. Linda bukan sekadar berkhidmat, tetapi telah menjadi tulang belakang keluarga saya. Susah senang perihal keluarga semua Linda lalui bersama dengan ikhlas..”-kongsi Ifa di Instagram

Redha Dengan Ketentuan Illahi

Akui rasa berat untuk melepaskan pembantu rumahnya itu kembali pulang, namun mereka harus redha dengan ketentuan Illahi.

“Ada insan yang hadir lama dalam hidup kita, bukan sekadar berkhidmat, tetapi meninggalkan jejak kasih yang mendalam. Linda adalah anugerah yang Allah pinjamkan sementara untuk keluarga kami…

Hari ini kami lepaskan Linda pulang ke Indonesia walaupun berat, kami redha dengan ketentuan Illahi…
Terima kasih atas segalanya, doa kami sentiasa mengiringi🤲
Selamat pulang, Linda ❤️.”

View this post on Instagram

“Jarang Yang Kerja Sampai 16 Tahun Tu..”

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat keakraban Ifa bersama pembantu rumahnya, malah ada yang berpendapat pelakon ini merupakan majikan yang baik kerana mempunyai pembantu rumah yang mampu berkhidmat selama belasan tahun.

“Jarang yang kerja sampai 16 tahun tu memang terbaik lah. Ada yang 2-5 bulan lari. Susah nak dapat yang baik walaupun kita jaga baik, buat macam keluarga sendiri.”

“Pembantu yang baik pun rezeki dari Allah, tak semua orang direzekikan pembantu yang baik, cekap, dan amanah.”

“Kak Ifa pun orang baik, penyayang. Nampak ikhlas orangnya. Dijumpakan dengan orang-orang yang baik.”

Apa komen anda?

[VIDEO] Ifa Raziah Beri Kejutan Ziarah Pembantu Rumah Di Indonesia, Netizen Sebak!
ifa raziah
https://lomp.at/kb9h5
Share665Tweet416SendShare

KINI TRENDING

Foto - @jennierubyjane (IG)
Lokal

Gara-Gara Foto Ini, BLACKPINK Jennie Jadi Mangsa Ped*filia

by Nurul A.
February 21, 2026

Imej baharu BLACKPINK Jennie telah menimbulkan reaksi negatif dalam pengguna media sosial. Untuk makluman, isu tersebut muncul selepas Jennie mengadakan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
March 3, 2026

Perkongsian usahawan dan pelakon, Rozita Che Wan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Lokal

Amar Baharin Kongsi Keadaan Amyra Rosli

by Naddy Joe
January 27, 2026

Aktor, Amar Baharin menitipkan doa buat isterinya yang juga pelakon, Amyra Rosli yang telah selamat menjalani pembedahan pada Isnin. Jalani...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila 'diserbu' sekumpulan pelajar sekolah rendah di salah sebuah restoran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara